wess,, lama giler tak hupdate blog nie..lama tak berkongsi kisah..maaf..:)
disebabkan dari ber'blogwalking', tiba-tiba terdetik la hati nak update blog..terus tanya dekat twitter topik apa yang menarik then my best friend suggest kan topik nie..kawan makan kawan..menarik..! terus taip..;)
kawan makan kawan..?hailahh,,korang nie dah takde benda lain ke nak makan..? makan la secret recipe ke, kenny rogers ke, sushi king ke..ini tak, kawan jugak yang korang nak makan. hairan..!dah la kawan tak ramai, yang berapa kerat tue pun kau nak telan..huh..
dalam dunia nie, kita kena sentiasa berhati-hati. tak semua yang rambut nya sama hitam dengan kita, yang handbag nya sama brand dengan kita, yang badan nya sama besar dengan kita, punya hati sama kita..faham..? senang cakap, tak semua kawan tue boleh jadi sahabat kita..rasa nya ada dalam salah satu entry pasal kawan dan sahabat..
contoh nya, kau nie memang jenis peramah, baik hati, mudah mesra, open-minded. punya kawan yang sentiasa ada siang malam dengan kau, makan sama, study sama, shopping sama sama. disebabkan kau nie mudah mesra, mudah percaya orang, habis semua kisah hidup, masalah kau cerita ke dia, dengan satu pegangan bahawa dia kawan kau yang boleh dengar semua masalah kau. termasuk lah cerita pasal crush kau. kau syok gila dengan lelaki/perempuan nie, dah berapa lama kau stalk dia, semua kawan kau nie tau..kira macam persahabatan korang nie dah confirm ke syurga laa..
tapi.............
sebenarnya korang tak sedar rupanya selama nie dia cuba cari kelemahan kau. bila dia dah kumpul semua details pasal diri kau dia pun mula lah canang cerita bukan. yang betul jadi salah. yang baik jadi jahat. yang cantik jadi buruk. silap silap crush korang tue jadi pakwe/makwe dia..dan pada masa tue baru kau sedar yang persahabatan yang konon nya sampai syurga tue terbakar tiba tiba..sakit dia aku rasa lebih sakit dari putus cinta. aku rasa lah. haha..
korang rasa kenapa kita ada kawan macam tue..?apa tujuan dia sebenarnya..?banyak sebab sebenarnya..jom lah kita kaji sama sama...
1. DENGKI. nie paling simple. kau lebih dari dia dan dia nak jadi macam kau. so dia akan cuba apa cara sekali pun untuk jatuhkan kau ke bawah supaya dia boleh ambik tempat kau atau lebih tinggi dari kedudukan kau. misalnya kau jenis pandai bergaya. baju sentiasa cantik walaupun bundle. si dia nie dengki. maka dia akan fitnah atau reka cerita yang kau nie kikis duit suami/pakwe. dalam masa yang sama dia akan reka cerita yang baik baik pasal diri dia.
cukup lah dia sebab kenapa korang dimakan oleh kawan korang. rasanya, salah satu cara nak tau korang ada kawan yang baik atau tak, cuba perhatikan cara komunikasi korang. kadang kadang kawan yang akan dump korang ialah dia jenis yang tak suka cerita hal peribadi dia sedangkan kau punya hal peribadi sampai lubang cacing dia korek.haaa...
ini semua antara pendapat la berkaitan topik kawan makan kawan nie. banyak je pengalaman lain kan. lain orang lain cerita. kesimpulannya, berhati hati dalam berkawan. tak semua kawan boleh jadi sahabat. jom kita ambik iktibar dari ayat ayat di bawah..
Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan :
"Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
salam..:)