Tuesday, September 7, 2010

kuih raya..=)

ok...hari nie raya macam nak ajar korang buat kuih raya laaa..hehehe..

kita buat kuih simple je ek. nama kuih nya kuih dam sebab bentuk nye lebih kurang bentuk dam. alaaa, tak kan bentuk dam pun korang tak tau, yang petak-petak tue la. aish.!

bahan-bahan nya:

  1. buttercup 
  2. gula 
  3. kuning telur
  4. serbuk penaik
  5. tepung gandum
  6. serbuk coklat
sori la, sukatan bahan-bahan ne aku i tak ingat la. nak tahu lebih lanjut telefon no ni...014-tekan-tekan tak dapat.=p

ok next, putar semua bahan-bahan tadi sampai kembang, lepas tue uli la sikit bagi tepung nya rata. tepung yang dah rata tue korang bahagi kepada dua, yang satu tambah serbuk coklat dan ratakan. sori la tak sempat nak ambik gambar, busy sangat..huhu...

lepas tue, korang terap dekat acuan yang bentuk empat segi, cari la ape-ape yang empat segi..susun selang-seli dengan yang coklat. haaaa, ini ade gambar. hehe..

nampak tak? empat lapis taw, nanti senang nak potong. ok, next, bahagi kan benda ne kepada 6 bahagian memanjang. daripada 6 bahagian tue, 3 disusun semula...macam ne..


korang nampak kan belang tue.? ok, after susun cantik-cantik kita potong lagi kepada 14 bahagian. aku tau korang tak paham, nah gambar.

sila abaikan jari yang memotong itu, itu jari mak saya...ngee~ dah lepas potong tue, susun la dalam dulang untuk dibakar..bakar pada suhu bilik..eh2, silap, 180 degree celcius dalam masa lebih kurang 15 minit, korang tengok-tengok la jugak, kalau dah kuning tue angkat laa..

yang ne gambar sebelum masak. jangan susun rapat sangat sebab dia akan kembang lagi..

ini lah hasil nya..masuk kan dalam bekas kedap bunyi udara..simpan pada suhu bilik..huhuhu..pakar-pakar..=)

ada jugak biskut-biskut lain yang aku buat. tak tahu la sedap atau tak, aku main hentam je..huhu..

koko krunch..=)

corn flakes chocolate..=)

almond london..=)

banyak lagi gambar-gambar yang belum sempat di snap..korang tengok dekat fesbuk je la ek..sebelum terlupa, jemput datang ke rumah pada hari raya pertama. alamat di taman ruby labuan..datang raya 2nd pintu dah tutup..hehe...SELAMAT HARI RAYA..=)

Wednesday, September 1, 2010

balik kampung..!

balik kampung,,
ooo....balik kampung...=)


2 september aku akan bertolak dari penang ke labuan. waaaa, tak sabar rasanya. hehe. akhirnya dapat jugak puasa di labuan tahun ni, bukan macam tahun lepas, sampai rumah malam raya. sayu je dalam kapal terbang malam raya, sampai rumah semua dah ready, tak dapat nak anyam sarung ketupat. tapi tahun ni, Insya ALLAH dapat anyam ketupat dengan ayah. ntah ingat ke tak cara nak anyam ketupat ne..hehe..

 teringat masa mula-mula belajar anyam ketupat dulu. masa form 4 kalau tak silap. suka sangat tengok mama dengan ayah anyam ketupat, macam best je, dari daun yang panjang jadi bungkusan. huhu. mula-mula memang tak jadi, tak macam ketupat langsung. hehe. standard la budak baru belajar kan. huhu. habis daun ketupat aku kerja kan. pastu mama marah, sebab rugi die cakap, die suruh aku pegi ambk daun yang tua dekat pokok, untuk belajar. maw sehari jugak la aku lanyak daun tue. at last jadi jugak. bile dah jadi tue happy nye aku je yang taw..hehe. kecoh satu rumah aku tunjukkan sarung ketupat aku, padahal daun nye dah lembik. haha..=p


sarung ketupat ne je yang aku taw buat. yang cantik punya, ape nama nya pun aku tak ingat. kalau suruh aku buat sarung ketupat sate ke, ketupat bawang ke, ketupat palas ke, memang aku fail..!=p

cakap pasal balik kampung ne, suma orang akan rasa happy kan. yela, jumpa family, raya sama-sama. tapi, dalam masa yang sama kita kena pikir jugak orang yang di perantauan tue. kesian dorang tak dapat balik raya. mesti sayu kan pagi raya tak bersama family, tapi semua untuk kejayaan masa akan datang jugak kan..huhu. macam kawan aku yang baru nak "fly" 7 september ne ke France. dua hari lepas tue raya. kalau aku la di tempat dia tak tahu la apa jadi, meraung kot pagi raya. huhu. semua kena tabah.

teringat masa zaman muda-muda dulu, seminggu lagi nak raya mesti pasang pelita dengan rumah kampung. lepas tue main mercun dengan bunga api dengan cousin-cousin. berlawan bunyi meriam la. hehe. tapi sekarang macam dah hilang suma tue. budak-budak sekarang dah tak berni dah nak buat benda-benda macam tue. pastu dalam berita pun saja je tunjuk kes-kes main mercun ne, nak bagi orang takut. dulu pun ade jugak yang putus tangan, tapi tak de pun keluar news. huhu..


                                             
rasa kejap je ramadhan kali nie kan. apa-apa pun kita masih berpeluang untuk mengejar nikmat ramadhan, jangan lalai..di kesempatan ne, aku nak minta maaf la pada semua kalau ade buat salah sepanjang korang semua kenal aku..=)


to my hubby yang tak balik raya, jang sedih yaa..nanti orang buat kuih raya banyak-banyak..=)

kepada yang lain-lain, hati-hati dalam perjalanan balik tue. jangan nak cepat sampai je especially yang drive tue. yang naik bas tue bukan korang yang bawak bas, korang tido je la..yang naik kapal selam terbang macam aku ne, jangan lambat pegi airport, nanti kena tinggal, tiket dengan I/C semua jangn lupa, nanti tak dapat balik..hehe...

 
SELAMAT HARI RAYA SEMUA..!!^_^

klik-klik

mari ramai-ramai klik link ne...hehe...=)