Saturday, July 23, 2011

Happy birthday to U...!

hallo...hari nie besday Mr. N la..jom bagi surat...;p

awak...hepi besday...dah 21 laaa...boleh dah pegi mengundi kan..hehe...hepi besday awak...semoga sihat selalu...badan makin montel...perut makin bulat...tapi exercise banyak banyak taw..bagi fit untuk stamina...hehe..



awak..kite bru kenal dua tahun lebih..awak dah hidup 21 tahun..maknanya saya baru 10 peratus muncul sepanjang hidup awak..saya harap saya terus jadi orang yang awak kenal untuk 20 tahun akan datang..saya doakan awak berjaya dalam semua benda..usaha kuat kuat tau..tak nak pikir benda lain...hehe

awak..saya mintak maaf sepanjang dua tahun awak kenal saya nie...saya banyak bagi masalah pada awak..saya susah kan hidup awak dua tahun nie..kalau awak tak jumpa saya mesti awak tak susah kan..mesti masalah awak tak banyak macam sekarang..maaf awak..

awak..saya nak jadi orang yang awak kenang sampai hujung nyawa awak...sekarang umur awak 21 saya ada dalam ingatan awak..saya harap untuk ulang tahun kelahiran yang ke 70 sekali pun awak tetap ingat saya..kalau pun saya takda dengan awak..jangan lupa saya ek..


awak..maaf takde hadiah saya nak bagi awak tahun nie...awak paham kan keadaan kita yang belajar lagi nie..saya tak nak susah kan mak ayah bagi duit untuk beli hadiah awak..saya janji saya cari duit sendiri untuk bagi awak hadiah ek...

awak..maaf sebab saya jadikan hidup awak sia sia bila jumpa saya...dua tahun awak rasa sia sia dengan saya..selamanya saya akan rasa bersalah..hukum la apa saja janji lepas nie awak tak rasa sia sia lagi..saya nak bagitau awak...saya hepi sangat sejak saya kenal awak..saya rasa berharga sangat setiap masa saya kenal awak..saya nak awak pun hepi...awak jangan pandang saya je taw...cuba cari orang lain yang boleh buat awak hepi selalu..saya tak nak awak sambut besday tahun tahun akan datang sedih sebab saya..saya nak tengok awak hepi..

awak..hepi besday..awak tau saya sayang awak..cuma perangai saya yang menjauh kan sayang saya pada awak...saya akan tetap sayang awak sampai ke tarikh lahir seterus seterus nya..jaga diri awak...untuk keluarga..untuk orang yang awak sayang...:)


HAPPY BIRTHDAY DEAR....!:)






Distance never separates two hearts that really care, for our memories span the miles and in seconds we are there. But whenever I start feeling sad, because I miss you, I remind myself how lucky I am to have someone so special to miss.



Friday, July 22, 2011

kecil vs besar

salam..tiba tiba teringat kenangan zaman kecik kecik..masa tue comel je kan main masak masak..kawen kawen..takde pun playstation macam zaman sekarang..tapi masa budak budak la kita cipta banyak pengalaman...


masa zaman aku dulu,,tengah top pasal kasut roda..alaaa,,korang mesti kenal kan..aku ingat lagi hadiah besday aku masa umur tujuh lapan tahun kalau tak silap..parents aku bgi hadih benda nie...warna hijau kalau tak silap..dua tiga hari test main dalam rumah...pegang dinding..macam budak baru belajar je..bila dah pandai main pulak dekat jalan ber-tar..lama lama makin laju..jatuh calar calar luka dagu tue perkara biasa...haha..


lepas tue di beli kan pulak basikal..macam biasa mula mula roda tiga di belakang..lama lama merempit dalam kawasan perumahan..haha...takde nak pikir ape masalah..paling berat pun masalah sakit badan sebab jatuh..

kadang kadang aku pikir,,jadi kanak kanak lagi senang dari dewasa..duduk depan tv tengok kartun dari pagi sampai malam...bukak fesbuk main game..ape ade hal..tapi makin besar makin banyak masalah kita pikir..


masalah study yang makin berat..masalah nak cari pasangan hidup yang sesuai..masalah nak kumpul duit kawen..masalah anak anak yang banyak permintaan..masalah dengan bini..masalah dengan laki..macam macam masalah la..

korang rasa budak budak kecik tue ade pikir tak masalah abang kakak dorang.."macam mana aku nak tolong kakak aku kumpul duit nak kawen nie ek"..jangan harap la...yang korang nie jenuh pikir masalah adik adik yang degil tak nak belajar kan..hehe..bila orang sekeliling kita ada masalah..sekurang kurang nya mesti kena tempias dengan kita kan..jadi paling kurang pun kita akan pikir pasal dorang..tue belum campur masalah sendiri lagi..hurmm...


aku ada satu perangai yang mungkin orang tak suka..tapi perangai nie jugak aku tak dapat nak buang..ego..!aku jenis yang sangat ego terhadap orang yang lebih muda dari aku..lets say la aku ada masalah dengan sorang adik nie..aku pun bagi nasihat la dengan cara yang sangat berhemah..lepas aku tegur tue,,orang yang lebih muda dari aku nie mula tak nak bertegur sapa dengan aku..mula nak tarik muka..jadi sebagai orang yang lebih tua..aku takkan tunduk kan ego aku buat kali kedua semata mata nak bertegur sapa balik..biar la sampai tujuh lapan tahun aku takkan tegur selagi dia tak tegur aku..kenapa mesti aku mengalah kalau bukan aku yang mula..jadi,,jangan salah kan aku kalau hubungan tue jadi renggang..aku tetap takkan mula kan apa apa tindakan dulu..


pernah tak korang pikir apa kehidupan korang lepas nie..memang la kita hanya merancang..dan of coz rancangan kita tue takde cacat cela..yang pasti ujian Allah ada di mana mana kan...untuk capai matlamat kita macam macam dugaan kita kena lalui..aku belum sedia nak lalui alam pekerjaan bila aku tengok orang orang yang dah bekerja makan rasuah..dapat kemewahan dengan cara yang salah..aku pun belum bersedia nak masuk alam perkahwinan bila tengok suami isteri bercerai berai anak huru hara..suami isteri gaduh baling periuk belanga depan anak anak..suami isteri tak tegur sapa duduk satu bumbung...dan konfem aku tak sedia nak ada anak bila tengok keadaan sosial sekarang...takut anak anak aku jadi mangsa gaduh aku laki bini..


umur aku sekarang memang tak dapat nak jangkau pikiran orang yang dah berumur 50 tahun..tapi aku rasa aa yang orang umur 50 tahun tak rasa di umur aku...aku rasa macam mana seronok nya jadi student degree yang boleh study selesa dekat lebri..aku rasa macam mana ketagih nya dengan internet..mati kutu bila internet takde dua hari..aku pun rasa seronok bila dapat shopping baju raya tiga empat pasang..

tapi...aku jugak rasa sedih bila orag yang aku harap faham keadaan aku tak boleh nak faham aku..aku jugak sedih bila apa yang aku harap kan hari hari demi kebaikan tak dapat aku rasa..aku jugak sedih bila semua gelak tawa masa seronok dilupakan..


jadi...kita semua rasa benda yang lain..adik adik kita maybe tak rasa makan eskrem batang 20sen patah guna lutut..kita pulak maybe tak rasa main kereta control sampai habis bateri..mak ayah kita maybe tak rasa nak main game dekat fesbuk sampai level 70..kita pulak tak rasa nikmat belanja duit gaji untuk anak anak...apa yang kevcil pasti akan membesar...hargai apa yang kita ada sekarang sebelum kita menyesal di hari tua...setiap hari tue berharga untuk kita semai kasih sayang untuk semua orang...:)






p/s : tak sabar tunggu weekend..;p

Sunday, July 17, 2011

Surat Pak Mertua untuk Awak..!!

Kepada Boyfren anak aku, 

Peraturan 1: Kalau kau sampai dekat pagar rumah aku pastu dok hon…hon, pastikan kau bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape ape atau sesapa.


Peraturan 2: Jangan kau pegang pegang anak aku depan atau belakang aku. Kau boleh pandang dia, selagi mata kau tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalau kau takleh jaga tangan kau dari dok pegang pegang anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan kau dekat rumah..

Peraturan 3: Aku tau sekarang ni fesyen budak budak pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh kau pakai seluar tu elok elok cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar kau takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku ni untuk lekatkan seluar kau dekat pinggang.


Peraturan 4: Aku rasa mesti kau tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari hari kat tv atau internet. Kalau tak pakai perlindungan cam kondom atau lain lain, kau mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh kau satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, 
kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan kau dan kemungkinan besar akan bunuh kau jugak. Paham?


Peraturan 5: Biasalah kalau kau nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua..kau nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain lain topik semasa. Aku tak maw dengar semua tue. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila kau nak antar anak aku balik ke rumah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa kau ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan awek awek lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan kau tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan kau. Tapi, sekali kau dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai pandai cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan kau atau dia break-off ngan kau. Kalau kau buat anak aku nangis, aku pulak akan wat kau nangis.


Peraturan 7: Sementara kau menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalau kau nak orang yang punctual, kau leh dating ngan mat askar. Kalau kau bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar rumah aku ni.

Peraturan 8: Tempat tempat berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa apa tempat yang boleh duduk atau baring baring. tempat tempat yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat tempat yang gelap. Tempat tempat yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat tempat yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai kau kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium cium tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.


Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan kau dari spy spy aku. Kalau aku tanya kau nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, kau ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalau aku tembak kepala kau kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main main dengan aku.


Peraturan 10: Kau patut takut ngan aku ni..kalau boleh biar sampai sangat sangat takut. Aku ni dok teringat teringat lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalau ada orang datang umah senyap senyap pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua dua tangan ko tinggi tinggi. Cakap dengan jelas “saya datang hantar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.


Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gelfren kau.


haha,,menarik wei...kalau la ade bapak mertua bagi surat dekat menantu macam nie..memang lari bakal menantu dia..hehe...

sumber : di sini




Jom Masuk U..!

salam..apa kabar semua...salam nisfu sya'aban..semoga segala amalan yang tercatat tahun lepas membawa kebaikan..teruskan beramal untuk akhirat kelak..topik hari nie,,jom masuk u...hehe..

ari jumaat lepas(15/07/2011) upu dah keluarkan semakan untuk pelajar pelajar lepasan STPM & setaraf untuk kemasukan ijazah sarjana muda..memang ramai la yang semak sampai sesak trafik dekat laman web upu tue..excited kan korang semua..yela..dah berapa bulan korang cuti dari tengok buku..lepas nie korang hadap la buku tue pagi petang..hehe..


aku ingat lagi masa aku terima result upu..takde yang mendebarkan pun sebab aku dah terima usm dulu..masa tue usm pertama kali keluar dari upu untuk pemilihan student..so medium untuk permohonan usm asing dari upu lain..usm jugak diberi keutamaan untuk memilih student dorang dulu sebelum upu buat pilihan..so masa aku semak usm,,memang aku terpilih..masa tue usm bagi dua hari untuk buat pilihan terima atau tidak..kalau kita tolak tawaran usm,,dorang akan masuk kan balik ke sistem upu untuk pemilihan u lain yang korang dah mohon..


so aku nie cuak la..tak nak terima nanti maw nye di bagi u yang lain yang tak menepati pilihan aku..mampos...teringat pulak pepatah masa tue.."yang dikejar tak dapat,,yang dikendong berciciran"..aku pun assume macam nie.."terima jela,,nanti mana taw keluar keputusan upu,,boleh pilih nak pegi u mana satu...so selamat la.."dengan yakin dirinya aku pun terima usm...ketika detik semakan upu,,keputusan nya tetap usm..maka apa yang aku assume salah..sebenar nya bila sudah terima usm,,pemilihan upu takde lagi..cet,,terpedaya...tapi aku pikir,,mungkin ini rezeki aku...so teruskan je la..


mr N punya la frust bila dia tak dapat usm..dia cakap itu u idaman..tapi bila keluar keputusan upu,,dia dapat unimap..u yang takde dalam pilihan...tapi hepi nak mampos..sebab perlis dengan penang dah dekat dah..hehe..macam macam la u..;p

sekarang zaman korang pulak..aku senyum je sorang sorang bile tengok korang tambah info dekat fesbuk..masuk kan u masing masing...ade yang siap upload logo u korang tue..ada yang cari gambar gambar asrama yang bakal korang duduk nanti..masa nie la baru nak lawat laman web rasmi u tue..tengok sapa canselor..gambar gambar universiti..gambar gambar pensyarah..semangat berkobar kobar nie nak masuk u..yela,,dah zaman lain kan..hehe..





tengok korang excited nie aku pulak yang sedih..aku dah la tahun akhir dekat u..tapi nak masuk sem baru bulan september nie punya la malas..kalau boleh korang ganti la aku ek..haha..

selamat berjuang untuk korang korang yang baru nak melangkah ke alam universiti..jangan lalai sangat,,enjoy enjoy jugak..study jangan lupa..rasa la korang apa yang aku dah rasa dua tahun nie...kalau rajin datang la jenguk aku dekat usm...call je anytime...hehe.:)







p/s : mr N nie mana menghilang...adoi...


Friday, July 15, 2011

Kesihatan saya..

salam pagi jumaat...tak nak sembang banyak la..sikit je ek..

tadi pagi pagi ajak mama pegi klinik LPPKN..dorang ada buat promosi untuk check-up keadaan badan kita..mama pun ajak la kawan dia 2 orang...sekali sekala pegi buat check-up kan bagus,,untuk tahu keadaan badan kita..mek gee la promote kan aku..dia sebok nak tau berat aku naik berapa kilo start cuti mei dulu kan..huhu..


mula mula cuak jugak..badan rasa macam berat..berapa kilo la aku naik nie..assume naik dalam 2 kilo..huhu..masuk je klinik,,isi borang itu ini..nama yang first di panggil nama aku...perghh,,cik nurse nie saje je..naik la penimbang..keluarkan semua yang ada dalam poket nie..henset,,wallet,,jam,,cincin semua aku bukak...nasib baju je tak boleh bukak..haha...dan hasil nya...jeng jeng jeng....rahsia dulu la...yang penting BMI normal..hehe


mama aku pun ok berat and BMI..kawan mak aku yang sorang under weight yang sorang overweight..tergelak sakan kami dalam klinik tue..macam klinik sendiri dah..haha..

lepas te dia check plak darah..tekanan darah..haemoglobin,,gula dalam darah..kolesterol..alhamdulillah tekanan darah aku normal..bukan senang nak normal...selalu rendah je..haemoglobin macam biasa..rendah...gula dalam darah ok..kolestrol plak tinggi tapi masih dalam paras selamat..


aku pun sembang la dengan nurse tue..bagitau pasal tekanan darah aku yang selalu rendah...selalu nak pitam..haemoglobin yang tak pernah normal..jisim tulang rendah...nurse tue nasihat kan aku makan sayur sayuran hijau..masalah nye memang sayur hijua yang aku makan..pastu dia cakap minum susu banyak banyak...cik,,saya nie memang tak suka susu..ada cara lain tak..hehe..


so far,,kesihatan ok..yang penting makanan aku kena jaga..jangan berkolesterol sangat..mana tak kolesterol kalau tiap minggu belasah pizza..hahaha..nak taw berat aku tak...berita sangat baik sebab berat aku cuma naik 400 gram...400 gram je wei..dua bulan dah cuti...maka nya aku sangat la hepi..hehehe..mek gee,,jangan jeles...;p


korang pun ambik la masa buat check-up nie..bagus untuk kita tau keadaan badan kita..apa yang perlu dan apa yang tak perlu..kesihatan asas kejayaan...:)




p/s : bermasalah dengan keadaan sekitar sekarang..nak balik penang cepat cepat boleh tak..?hurmmm...





Thursday, July 14, 2011

Kahwin..??

hola..apa khabar bloggers semua...?belum habis lagi bincang pasal BERSIH...?teruskan bincang...aku akan terus follow ape yang korang tulis...bagi la pendapat masing masing di blog masing masing...blog kan tempat kita melepaskan pendapat..sama macam aku nak buat hari nie..blog aku tempat aku suarakan pendapat..korang nak suara kan pendapat tulis dekat blog masing masing ye..hehe..


hari nie aku nak cakap pasal kawen..nape..?ade yang terkejut ke..?hahaha...suka hati aku la..blog aku...hehe..korang pun taw kan kawen nie satu tuntutan bagi kita melengkap kan diri ke arah kebaikan..mengelakkan perkara perkara terlarang...perempuan di cipta untuk berdamping dengan lelaki..untuk yang berdamping sesama jenis tue aku tak nak komen..haha


Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (riwayat Al-Bukhari)



hadis di atas jelas menunjukkan kawen tue satu tuntutan ke arah kebaikan...apa yang aku nak bincangkan dekat sini..kenapa trend masyarakat kita menjadikan kawen nie satu majlis yang perlu diagung agungkan..aku bagi situasi la supaya korang senang faham..hehe..


Situasi 1.


jejaka K hidup dalam suasana kampung...umur die baru 18 tahun...jadi lepas habis sekolah menengah die tolong ayah nya berkebun..dia berkenan dengan anak gadis kampung tue,,umur 17 tahun...jadi dia pun bagitau la mak dengan ayah nya hasrat nak kawen tue...parents dia nie pun pegi la merisik dan meminang gadis A nie..selang dua tiga bulan dorang pun kawen dengan majlis yang ala kadar..ikut sunah la nie kan...




tapi selang dua tiga hari satu kampung bercakap pasal perkahwinan jejaka K nie..ada yang cakap dah ditebuk tupai la..ada yang cakap kena tangkap basah la..jadi persoalan nya,,salah ke dorang nak kawen awal sebab nak elak kan benda tak baik berlaku..?kenapa mesti timbul fitnah fitnah macam nie..?


Situasi 2.


maya dengan azrul dah 5 tahun bercinta..dari zaman sekolah lagi...jadi dorang dah plan nak kawen lepas habis study..lepas je habis study azrul tak dapat kerja lagi...dah empat bulan menganggur..parents maya dah desak keluarga azrul supaya masuk meminang dalam masa terdekat sebab keluarga maya dah ada calon lain...azrul nie makin bingung sebab mas kawin yang ditetapkan keluarga azrul nie tak mampu untuk azrul tampung..dah la takde kerja lagi..akhir sekali azrul dengan maya berpisah kerana keluarga maya anggap mereka tak setaraf..




jadi persoalan untuk situasi nie,,,perlu kah mas kawen yang tinggi sampai tak termampu oleh pihak lelaki..perlu kah taraf kewangan jadi pengukur sesuatu perkahwinan..tambah lagi letak syarat yang macam macam..serba berdiri la..serba satu la..sedangkan dalam hadis pun ada dijelaskan..


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya."

Situasi 3.


sang suami mengahwini sang isteri dengan mas kawen yang cukup besar..majlis yang cukup meriah..tapi lepas belasan tahun kawen sang isteri mula lupa tanggungjawab..makan pakai suami tak terjaga..kebajikan suami terabai..hormat pada suami hilang...sang suami jenis nya sangat la penyabar..bertolak ansur dengan sikap isteri nie..macam macam cara dah sang suami cuba untuk perbaiki keadaan..tapi sikap keras hati isteri terus buat rumah tangga dorang dingin..rumah terasa suram...anak anak jadi mangsa keadaan..pelajaran anak anak merosot...




macam biasa persoalan nya,,apa motif majlis dan mas kawen yang mewah kalau mahligai yang dibina tak dihargai...mana letak tanggungjawab istri terhadap suami dan anak anak..


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani) 


Situasi 4.


puan J dikahwini atas dasar cinta dari zaman kolej..mendapat restu dari dua dua belah pihak...lepas tiga bulan kawen,,emak puan J meninggal...tinggal puan J yatim piatu..mula dari situ suami nya ambik kesempatan..puan J dipukul...di maki sesuka hati...jadi tempat melepaskan nafsu..tak cukup tue puan J diugut rahsiakan perkara tue dari pengetahuan sapa sapa..lakonan hebat la bila dorang pegi majlis atau kenduri di rumah sedara sedara..




jadi,,apakah kemanisan bercinta tue dah habis sejak bercinta..?kedudukan suami adalah melindungi isteri tau wanita..jadi kenapa wanita menjadi mangsa lelaki..?




cukup la empat situasi ek..nanti korang pening...apa yang aku nak sampaikan..masa bercinta memang indah..sampai perasaan nak kawen sangat la membuak buak...betul kan..?korang nie mesti tengah bercinta..hehe..tapi,,sampai ke akal kita yang masih muda nie untuk pikir apa yang akan jadi di alam perkahwinan nie..pernah ke kita terpikir apa dugaan kita lepas kawen..?mampu kah kita nie nak hadapi..?boleh ke kita cuba lawan semua dugaan tue..?sedia ke kita nak hadapi keluarga pasangan..?orang cakap nak kawen dengan pasangan kena kawen dengan keluarga nya dulu..hehe




tengok pada situasi situasi yang aku cakap tadi..plus pengalaman sendiri depan mata...aku jadi takut...sampai kan mengalir air mata..nampak sangat aku belum sedia untuk semua nie..aku tak nak nanti bila gaduh suami isteri,,anak anak jadi mangsa..suasana rumah jadi suram..keluarga semua dapat malu...waaa,,jauh nya aku pikir...aku nak jadi macam nie..


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu." 



main point nya,,aku belum ready untuk kawen..haha..

Wednesday, July 13, 2011

~Wordless Wednesday~






"Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"

salam...ade insan tag aku dalam entry terbaru die..aku dah lama tak kena tag untuk sebarang entry..tak popular ke..hehehe...




Cik Yana & Cik Putih nak bagi hadiah kat korang nie..giveaway kali nie gempak beb..aku pun rasa nak join bile tengok sponsor sponsor dorang nie..disebabkan besday aku bulan julai nie,,maka aku pun nak cuba nasib..mana la taw bertuah kan..fuh kiri..fuh kanan..haha...jom tengok sponsor..biar terbeliak mata korang..

Senarai Sponsor :-

  1. Scarf Sweethoney
  2. Wirda Azurainie.  
  3. Droplet House
  4. Lens Mania
  5. Ayu-Raudhah Shawlstore
  6. Nora Nabella
  7. Applepinkbow
  8. Syafeika Edora
  9. pixel mania
  10. Wan Hazel 
  11. Momo Chan Collection 
  12. NHL Colloection
  13. Kei Seinchi
  14. Sya Razali 
  15. Aimi Craft 
  16. Habibi Hamid
  17. Shawl Az 
  18. Imann Abdul
  19. Aan Boutique
  20. KZ Nabihah Boutique
  21. Ciktiqz Adamaya
  22. Tri Fa
  23. Kittyshawls 


jadi camane..?kalau la aku bertuah kan...aku nak hadiah nombor 7 sebab bulan kelahiran aku julai dan nombor 23 sebab Mr. N punya besday 23 hari bulan..hehehe...berangan je kerja aku nie....ntah dapat ntah tak..takpe,,yang penting dah usaha...kalau dapat salah satu pakai untuk raya meletop nie..(berangan)..fuh kiri..fuh kanan lagi..haha..

jap,,lupa plak aku kena tag tiga pesaing aku nie..kalau korang dapat giveaway nie hadiah bagi aku..hahaha..


maka nya kepada tiga nama bertuah ini...mari join sebelum 8 ogos 2011...klik je pada benner tue atau pada nama dorang tue...good luck kawan kawan..:)


Sunday, July 10, 2011

Wajah Baru..

salam...hai hai hai..amacam lawa tak blog aku..seharian aku buat semua nie taw..semata mata nak pujuk blog aku yang merajuk sebab tak ingat besday dia...hahaha..


jejaka N bukan main hepi lagi bila tengok aku punya blog dah warna biru....lagi suka bila aku mintak dia buat kan header blog aku nie...melompat lompat agak nya..terima kasih jejaka N sanggup layan cerewet saya..dekat sepuluh kali la dia emel dekat aku header header yang dia dah buat..semua aku reject...komplen macam macam..hehe.maaf...


untuk tahun kedua blog aku nie,,aku nak tema biru..tahun pertama warna gelap kan...macam zaman kegelapan la pulak..tahun nie biar la biru..tenang sikit..agak agak gaduh dengan jejaka N boleh aku bukak blog..taip entry pun relaks je..hehehe..

azam tahun kedua nie aku nak update banyak banyak..kalau boleh nak banyak kan tips..korang kan suka tips..hehe..tapi kalau korang bosan bagitau ek..


last sekali,,korang bagi la pendapat sikit pasal blog aku nie..bosan ke...header tak cantik ke...warna tak lawa ke..boleh la aku baiki mana yang patut..aku nak ambik hati korang pulak lepas nie..hehehe..sama sama kita maju kan dunia bog ek..:)








p/s : nak tukar blog warna kuning boleh...?;p