Thursday, July 14, 2011

Kahwin..??

hola..apa khabar bloggers semua...?belum habis lagi bincang pasal BERSIH...?teruskan bincang...aku akan terus follow ape yang korang tulis...bagi la pendapat masing masing di blog masing masing...blog kan tempat kita melepaskan pendapat..sama macam aku nak buat hari nie..blog aku tempat aku suarakan pendapat..korang nak suara kan pendapat tulis dekat blog masing masing ye..hehe..


hari nie aku nak cakap pasal kawen..nape..?ade yang terkejut ke..?hahaha...suka hati aku la..blog aku...hehe..korang pun taw kan kawen nie satu tuntutan bagi kita melengkap kan diri ke arah kebaikan..mengelakkan perkara perkara terlarang...perempuan di cipta untuk berdamping dengan lelaki..untuk yang berdamping sesama jenis tue aku tak nak komen..haha


Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (riwayat Al-Bukhari)



hadis di atas jelas menunjukkan kawen tue satu tuntutan ke arah kebaikan...apa yang aku nak bincangkan dekat sini..kenapa trend masyarakat kita menjadikan kawen nie satu majlis yang perlu diagung agungkan..aku bagi situasi la supaya korang senang faham..hehe..


Situasi 1.


jejaka K hidup dalam suasana kampung...umur die baru 18 tahun...jadi lepas habis sekolah menengah die tolong ayah nya berkebun..dia berkenan dengan anak gadis kampung tue,,umur 17 tahun...jadi dia pun bagitau la mak dengan ayah nya hasrat nak kawen tue...parents dia nie pun pegi la merisik dan meminang gadis A nie..selang dua tiga bulan dorang pun kawen dengan majlis yang ala kadar..ikut sunah la nie kan...




tapi selang dua tiga hari satu kampung bercakap pasal perkahwinan jejaka K nie..ada yang cakap dah ditebuk tupai la..ada yang cakap kena tangkap basah la..jadi persoalan nya,,salah ke dorang nak kawen awal sebab nak elak kan benda tak baik berlaku..?kenapa mesti timbul fitnah fitnah macam nie..?


Situasi 2.


maya dengan azrul dah 5 tahun bercinta..dari zaman sekolah lagi...jadi dorang dah plan nak kawen lepas habis study..lepas je habis study azrul tak dapat kerja lagi...dah empat bulan menganggur..parents maya dah desak keluarga azrul supaya masuk meminang dalam masa terdekat sebab keluarga maya dah ada calon lain...azrul nie makin bingung sebab mas kawin yang ditetapkan keluarga azrul nie tak mampu untuk azrul tampung..dah la takde kerja lagi..akhir sekali azrul dengan maya berpisah kerana keluarga maya anggap mereka tak setaraf..




jadi persoalan untuk situasi nie,,,perlu kah mas kawen yang tinggi sampai tak termampu oleh pihak lelaki..perlu kah taraf kewangan jadi pengukur sesuatu perkahwinan..tambah lagi letak syarat yang macam macam..serba berdiri la..serba satu la..sedangkan dalam hadis pun ada dijelaskan..


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya."

Situasi 3.


sang suami mengahwini sang isteri dengan mas kawen yang cukup besar..majlis yang cukup meriah..tapi lepas belasan tahun kawen sang isteri mula lupa tanggungjawab..makan pakai suami tak terjaga..kebajikan suami terabai..hormat pada suami hilang...sang suami jenis nya sangat la penyabar..bertolak ansur dengan sikap isteri nie..macam macam cara dah sang suami cuba untuk perbaiki keadaan..tapi sikap keras hati isteri terus buat rumah tangga dorang dingin..rumah terasa suram...anak anak jadi mangsa keadaan..pelajaran anak anak merosot...




macam biasa persoalan nya,,apa motif majlis dan mas kawen yang mewah kalau mahligai yang dibina tak dihargai...mana letak tanggungjawab istri terhadap suami dan anak anak..


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani) 


Situasi 4.


puan J dikahwini atas dasar cinta dari zaman kolej..mendapat restu dari dua dua belah pihak...lepas tiga bulan kawen,,emak puan J meninggal...tinggal puan J yatim piatu..mula dari situ suami nya ambik kesempatan..puan J dipukul...di maki sesuka hati...jadi tempat melepaskan nafsu..tak cukup tue puan J diugut rahsiakan perkara tue dari pengetahuan sapa sapa..lakonan hebat la bila dorang pegi majlis atau kenduri di rumah sedara sedara..




jadi,,apakah kemanisan bercinta tue dah habis sejak bercinta..?kedudukan suami adalah melindungi isteri tau wanita..jadi kenapa wanita menjadi mangsa lelaki..?




cukup la empat situasi ek..nanti korang pening...apa yang aku nak sampaikan..masa bercinta memang indah..sampai perasaan nak kawen sangat la membuak buak...betul kan..?korang nie mesti tengah bercinta..hehe..tapi,,sampai ke akal kita yang masih muda nie untuk pikir apa yang akan jadi di alam perkahwinan nie..pernah ke kita terpikir apa dugaan kita lepas kawen..?mampu kah kita nie nak hadapi..?boleh ke kita cuba lawan semua dugaan tue..?sedia ke kita nak hadapi keluarga pasangan..?orang cakap nak kawen dengan pasangan kena kawen dengan keluarga nya dulu..hehe




tengok pada situasi situasi yang aku cakap tadi..plus pengalaman sendiri depan mata...aku jadi takut...sampai kan mengalir air mata..nampak sangat aku belum sedia untuk semua nie..aku tak nak nanti bila gaduh suami isteri,,anak anak jadi mangsa..suasana rumah jadi suram..keluarga semua dapat malu...waaa,,jauh nya aku pikir...aku nak jadi macam nie..


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu." 



main point nya,,aku belum ready untuk kawen..haha..

1 comment:

Ain_ Suke Senyum said...

Hey , ain singgah cini . plez kumen entry ni .

http://zurain93.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html .

tq . hihi