Wednesday, August 25, 2010

dugaan ramadhan..

ramadhan telah masuk ke fasa kedua..pelbagai dugaan dan cabaran telah ditempuhi. ini adalah salah satu dugaan untuk meningkatkan tahap iman yang menipis ini. Ya ALLAH, berilah ketabahan kepada hambaMu ini untuk menempuhi segala cabaran..

minggu sebelum puasa, sehari selepas balik dari taiping, mama sms dari labuan memberi khabar berita atok sakit, muntah darah. alangkah terkejutnya diri ini kerana malam itu dia turut sama menghantar aku ke usm. ayah bergegas balik dari labuan ke perak. atok di masukkan ke hospital 2 hari. Alhamdulillah, semua anak-anak nya dapat balik menjenguk dia yang sakit, cukup 11 orang semuanya. dan sekarang Alhamdulillah, atok kembali sihat..

minggu lepas sms mama dekat labuan, saja nak tanya khabar. rupanya memang ada yang tak kena di rumah. adik demam kuat, sudah  hari tak bangun, sudah berkali-kali ke klinik. doktor cakap kalau tak sihat jugak adik akan masuk hospital. sebak rasanya tatkala mama mengadu keadaan di rumah yang tak terurus. kalau lah dekat, hari tue jugak aku balik, tapi apakan daya....

tak sampai setengah jam lepas tue mama sms sekali lagi, bagitau adik perempuan yang kami panggil kakak pulak lembik di sekolah, cikgu telefon mama suruh ambik kakak. macam mana nak diuruskan dua orang dalam satu masa? masa tue jugak ayah balik jaga adik bila mama pegi ambik kakak di sekolah..malam tue ayah sms mengadu juadah buka puasa hanya bubur kanji kosong sebab mama tak sempat nak masak..Ya ALLAH, sayu nya hati mendengar keluhan mereka...

namun, Alhamdulillah, adik dan kakak semakin sihat..tapi, dugaan tidak habis di situ, pak cu pulak menyatakan maaf kerana tak dapat menghantar beg yang di kirim oleh sebab mak mertua nya pulak yang masuk hospital. tak apa pakcu, urus kan urusan yang lebih penting dahulu..

hari ini, jam 2.45 pagi, aku terkejut bila handphone berbunyi tanda sms masuk. berderau rasa darah naik ke kepala saat melihat nama ayah yang tertera di skrin hp. sms yang berbunyi "emak mak cu Azreen meninggal dunia"..rasa bagai nak tercabut pangkal jantung mendengar khabar berita itu. setelah lama menderita akibat barah payu dara, akhirnya beliau pergi jua..AL-FATIHAH...

subuh pagi tadi pulak mama sms lagi, tanya khabar. aku tak bagitau keadaan aku sekarang, mata kanan bengkak, tanpa aku tahu punca nya..mama mengadu lagi...ayah dan angah pulak yang demam. rasa nya tak sanggup lagi nak mendengar khabar yang tidak baik ini...dugaan demi dugaan menduga aku dan keluarga. lantas aku emnyuruh mama pergi tido supaya dia tidak demam seperti yang lain. tak aku dapat bayangkan jikalau mama yang demam saat aku tiada di rumah...

satu demi satu dugaan melanda di dalam bulan penuh berkat ini, namun yang pasti segala dugaan ini adalah ujian dari ALLAH terhadap hambaNya, tidak lain adalah untuk menguji kesabaran dan kekutan iman manusia..YA ALLAH, ampuni lah dosa kami dan Engkau permudahkan lah ujian kami, sesungguhnya Engkau menguji kami dengan ujian yang tidak mungkin kami tidak mampu menhadapi nya. namun, kami hanya insan lemah yang tidak lepas dari kelemahan...bantu lah kami YA ALLAH....Amin....

Sunday, August 22, 2010

DSLR..!!

ok,,tajuk entry je sudah buat aku rasa nak menjerit sekarang. oh...!!aku mahu DSLR...!!grrrrrr..!!

dah-dah sya, kembali ke alam nyata. aku nak share kat cni info tentang DSLR ni. aku minat giler dengan benda alah ni. serius..!!=(

untuk pengetahuan semua, NIKON bakal keluarkan model terbaru DSLR dia. D3100. terbaik kot..!!siapa nak belikan hadiah untuk aku?? aku sudi terima. hik hik. sekarang nak share sikit la info tentang D3100 ne yang aku search dekat laman web Nikon tadi. camera ne jenis 'Single-lens reflex digital camera', Effective Pixels plak 14.2 million. nak bandingkan dengan D90 plak 12.3 million. huhu. banyak lagi la kalau nak diceritakan di sini, better korang pegi tengok dekat website NIKON. 

D3100..=)

harga..? harga D3100 nie belum diumumkan, tapi dengar kata dalam RM2k laaa. kalau D90 tue memang terbaik la, sampai sekarang harga tak turun lagi. terbaru yang aku pergi survey RM 3888. tapi pakai memang puas hati la. untuk aku yang tak reti nie, baik tak payah nak pakai D90, dapat D3100 nie pun sudah cukup berharga. huhu..=D



D90..=)


pergghh...memang idaman la dua ne. sapa la anak raja yang nak jadi girlfriend aku ne, boleh aku mintak dia belikan, lepas tue clash. haha. boleh tak macam tue?? tak pun ada durian runtuh esok company Nikon call bagitau aku menang cabutan bertuah.. haaaaa, mana tau kan rezeki bulan puasa ne..haha. dah sya, baik pegi tidur mimpi benda alah nie daripada ko berangan tengah malam nie..=D


p/s : kalau ada orang nak belikan contact aku ek..=p

Friday, August 20, 2010

20 ogos 2010

19 OGOS 2009.


hari tue aku cuti pertengahan semesta selama seminggu, jadi disebabkan aku tak balik ke labuan, aku pun pegi la rumah mak sedara aku dekat perlis. hubby aku pun ade kat sane..hik hik..jadi dah 4 hari la aku dekat perlis nie. aku, nais dengan 2 orang kawan die yang kitaorang panggil pijue dan aini nak pegi ke gua kelam pastu terus ke padang besar. kami bertolak dari kangar pun dah dekat pukul 1. memang seronok la dapat jalan sama-sama kan. kami balik pun dah dekat pukul 7. sebelum balik tue, kami dah plan nak pegi alor star esok nya. so, janji nak jumpa pukul 10 esok.

20 OGOS 2009.


aku dengan tak de rasa apa-apa tido la malam tue, tak sabar nak tunggu pagi sebab nak ke alor star kan. huhu. tengah lena tido dapat satu call. pukul 5 kalau tak silap, call tue dari nais. aku pun angkat la tanpa ada rasa apa-apa. dengan suara yang bergetar die bagitau die accident tangah malam tadi. dari mata yang terpejam terus bulat biji mata aku. memang aku tak pecaya sebab aku rasa dia saja nak mainkan aku. aku tanya dia betul-betul dan memang die tak tipu die accident. menggigil satu badan aku time tue. terus aku tanya pasal pijue dan aini. dia cakap aini kritikal tapi pijue, maut di tempat kejadian. Tuhan je la yang taw betapa terkejutnya aku time tue. aku mintak kebenaran dari mak sedara aku nak pegi hospital, mula-mula dia tak tahu apa cerita, aku tak berani nak bagitau.

pukul 10 dia hantar aku ke hospital. aku terus ke wad ortopedik. sampai je katil nais, sekali lagi aku terkejut tengok tangan die tergantung. dia bagitau aku pergelangan tangan dia patah. macam nak pengsan je time tue tapi aku kuatkan semangat. aku mintak dia cerita semua yang terjadi malam tue. dia cakap kawan-kawan dia yang lain nak keluar makan, dia join kawan-kawan dia sebab nak beli panadol. dalam perjalanan nak balik ke hostel kawan dia yang drive nie bawak kereta sangat laju. 110km/h kalau tak silap. nais yang duduk sebelah driver dah bagitau jangan laju sebab dekat depan ada roundabout. tapi kawan dia yang drive nie tak ikut cakap dia. bila dah dekat dengan roundabout tue, dia dapat rasa yang something akan berlaku sebab kawan dia tetap bawak laju. so, dia cuba menggeraskan badan di seat sebelah driver.

bila sampai je dekat roundabout tue, kereta tak dapat nak dikawal dan terus langgar roundabout tue. pijue yang duduk di tengah-tengah seat belakang terus terpelanting keluar dari kereta. 3 orang yang duduk di seat belakang suma tido time accident tue berlaku.

lepas je kereta berpusing, nais terus keluar dari kereta. tak lama lepas tue, ada sorang pakcik yang kebetulan lalu tolong telefon ambulan. ambulan sampai tak lama  lepas tue. pijue meninggal di tempat kejadian, sorang kawan yang duduk di seat belakang nais pun meninggal di ICU. aini yang duduk di seat belakang selamat walaupun cedera parah. driver pulak meninggal pada malam nya di hospital...


20 OGOS 2010.


hari ini, genap setahun kejadian berlaku dan banyak benda yang dapat dipelajari dari tragedi tersebut. sedih bila mengenang kan kami kehilangan 3 orang kawan dalam sekelip mata. sejak dari hari itu, kami tak berani lagi nak berjalan jauh. aku harap nais dapat ambik iktibar dari apa yang terjadi, jangan kerap keluar malam, jangan bawak kereta terlampau laju. aku tak dapat bayangkan apa jadi pada diri aku hari nie kalau dia salah seorang yang terkorban. syukur ALLAH selamatkan dia dan beri peluang untuk mencari keredhaan di dunia ini. semenjak hari tue, perasaan aku tak penah tenang bila aku tau dia keluar malam dengan kawan-kawan. harap kawan-kawan yang telah pergi tenang di sana.



AL-FATIHAH kepada pijue atau nama sebenar Muhammad Shafiq Izzudin. semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang beriman...

Wednesday, August 18, 2010

lalat pun pandai berseni..

kali nie aku nak bagi idea pada korang la kalau korang bosan..untuk sape-sape yang dah saturated mengadap laptop taip assignment tue kan..korang boleh cuba idea gila nie..hehe...=p

  1. mula-mula, korang cari lalat yang berbagai-bagai saiz..adik, mak, abang, kakak lalat suma korang kutip. korang tibai la sampai mampos. tapi make sure lalat tue tak penyek taw..
  2. pastu, ambik kertas, korang susun la lalat tue mengikut citarasa korang berserta dengan kepala otak korang yang kreatif tue..
  3. next, lukis la apa-apa yang patut mengikut imaginasi korang..
  4. hasil nya....taaadaaa....tengok la dekat bawah ne..lagi menarik kalau korang gam lalat tue pastu frame kan..buat jual. haaa,,kan ke menjana pendapatan tue..hak hak.
  5. untuk idea yang lebih kreatif, korang guna la binatang lain..lipas ke, lipan ke, semut ke, kura-kura ke, kucing ke, gajah ke..pandai-pandai korang la..hehe..selamat mencuba..=p



p/s : kredit to zebry piter..=)

Tuesday, August 10, 2010

1 tahun 7 bulan =)

ape tue setahun 7 bulan? jeng3, mood jiwang sudah mari. hehe. 10 januari 2009, tarikh bermakna ne, untuk aku je la, korang tak rasa pa pun, hehe. pejam celik dah seathun 7 bulan kami kenal, tapi rasa macam dah lama sangat dah, sampai silap plak aritu aku ingat 10 januari 2008,huhu. orang cakap kalau bercinta rasa ne 5 taun pun rasa macam baru semalam kenal, tapi aku rasa macam dah lama, kenapa ek? ada idea tak? huhu.. mungkin banyak sangat makan hati kot, ye tak?

nak cite pasal mula-mula kenal ke? tak payah la kot, malu la..(sebenarnya lupa)hehe =p yang aku ingat kami satu kuliah, aku mula taw nama dia dari kawan aku yang satu tutorial dia, itu pun sebab mamat tue bising-bising dalam kuliah, wat sakit hati je..huhu..

walaupun baru setahun 7 bulan, aku harap korang doakan la kami sampai ke tahap lebih serius ek. jauh lagi perjalanan ne sebenarnya, takut memang takut. banyak benda yang aku kena belajar lagi dalam usaha jaga hati orang ne.huhu. ok ok, cukup sampai di sini..arios amigos..=)




p/s : We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly..=)

Monday, August 9, 2010

ramadhan..=)

hari nie 9 ogos...insyaALLAH dalm 2, 3 hari lagi umat islam akan menunaikan rukun islam ke-4 iaitu berpuasa. wah, x sabar rasanya kan nak masuk bulan yang penuh dengan keberkatan ne...=)



bila masuk je bulan ramadhan mesti banyak yang terlintas dalam kepala otak kita kan? jom kita cerita satu-satu. hik hik..



haa,,,ini perkara first yang kita suma tunggu bila nak puasa. betul kan? hehe. nie la penyimpan mohor besar raja-raja..selagi pakcik nie tak keluar tv buat pengumuman puasa, selagi tue korang duduk depan tv kan, berita pun sanggup berenti siaran sebab nak bagi peluang pakcik nie buat pengumuman. haaa, tengok betapa pentingnya beliau pada kita suma kan..hikhik..yang paling best orang yang nak dengar pengumuman nie punya la excited tapi pakcik nie relaks je duduk kat kerusi jati tue cakap macam orang takde perasaan. memang terbaik la pakcik..thumbs up!!haha..=)





bila pakcik tadi dah buat pengumuman sah la esok puasa kan..pa tunggu lagi,niat la terus, nanti lupa plak..hehe..aku memang niat tiap hari sebab aku tak berapa ingat niat sebulan. ngee~=D



bila puasa kita kena la sahur kan. amalan sunat bulan puasa nie..awal-awal puasa mesti susah nak bangun sahur kan? suap nasi tapi mata pejam, last-last nasi ke hidung bukan ke mulut..hehe. dekat rumah memang hari-hari bangun sahur tapi bila duduk hostel susah sangat nak bangun, bukan apa, kadang-kadang takde ape nak makan, so nak bangun minum air je pun tak larat. ish ish ish..

maka, mula la hari pertama puasa. jam baru pukul 1 tengahari tapi dah dekat 20 kali tengok jadual waktu berbuka. rasa macam lambat sangat masa berjalan..huhu..biasa la 1st day puasa, perut pun terkejut tuan nya yang banyak makan tiba-tiba tak makan-makan lagi, so perut pun bergendang memberontak..hakhak.=p



haaa, ni jadual buka puasa tahun nie, rujuk-rujuk la yer..=)

bila bulan puasa je, peniaga-peniaga akan rasa happy sebab rezeki dorang akan bertambah..sapa yan tak kenal dengan bazaar ramadhan kan? hari 1st puasa la hari yang paling meriah di bazaar ramadhan, sesak sampai nak bernafas pun sempot, betul tak? aku tak taw sebab aku memang tak pegi bazaar ramadhan pada 1st puasa. huhu..



kemeriahan bazaar ramadhan ne memang tak dinafikan, dari awal puasa smpai la sehari sebelum raya. tak penah lekang dengan orang. cerita pasal bazaar ramadhan nie, korang mesti ada makanan kesukaan tiap kali pegi bazaar kan? yela, macam-macam yang dijual di bazaar tue tak kan xde satu pun yang korang terliur kan..



mesti time kanak-kanak dulu korang macam nie kan, maklum la baru belajar puasa. hehe.





haa,,nie la antara menu wajib yang dijual di bazaar ramadhan, ayam percik, ayam golek, kuih-muih, macam-macam jenis air, buah-buahan. huh, senang cakap kalau pegi bazaar ramadhan macam nak beli semua je, maklum la perut tengah lapar. hikhik. tapi ingat, nafsu kena kawal, jangan membeli macam esok dah takde bazaar ramadhan pastu bila buka puasa makan kurma dengan kuih dah kenyang, last-last yang lain basi pastu buang, kan dah membazir. huhu..

tiba lah masanya untuk berbuka puasa. selalunya hari pertama puasa juadah berbuka mesti penuh satu meja, kuih nak 2 atau 3 jenis, lauk lagi, buah lagi, dengan air yang bermacam rua dan warna, kalau dalam rumah ade 6 orang, maka nya 6 jenis air. pastu rasa sikit-sikit, sampai tengah malam suma sakir perut. hikhik. bila dah dekat waktu berbuka suma dah duduk depan makanan tungu azan maghrib, time tue rasa macam nak terkam je suma yang ade depan mata, tapi tunggu dulu! doa buka puasa baca dulu ye kawan-kawan..=)



Alhamdulillah, lengkap sehari puasa kan..=)

ok, sekarang kita cerita pasal juadah buka puasa yang berlambak tadi..biasa la bulan puasa mesti ada menu wajib kan? aku tak taw la ape menu wajib korang, tapi aku ade la beberapa menu yang mana bila bulan puasa je tekak mesti rasa nak makan benda-benda nie..huhu..



kurma adalah mune wajib kami satu keluarga, kalau sehari tak buka puasa dengan kurma rasa macam tak lengkap..=)



kalau buah plak, mesti buah honeydew. buah lain pun ok jugak tapi rasanya kalau puasa tue 29 hari, 19 hari daripada tue mesti ada buah honeydew..=p





nie plak antara kuih wajib bulan puasa..ada lagi tapi x larat nak upload semua..hikhik..sedap kan?=p



ne plak antara lauk keemaran la jugak, masak lemak cili api..banyak lagi sebenarnya, masak asam pedas, kangkung belacan, ulam dengan sambal belacan, tauhu sumbat..telan air liur aku tengah-tengah menaip ne..hehe..=D





desert pun tak ketinggalan. antara yang best bagi aku mesti lah cendol, memang terbaik la. kalau dekat labuan, aku suka beli cendol yang abang-abang navy jual. huhu, memang sedap air-air dorang, macam-macam jenis tapi cendol tetap idaman hati..hehe..tau foo faa pun best tapi x boleh makan selalu, boleh muak..=)

huh, sedap-sedap menu bulan puasa ne kan. terbaik dari ladang kata orang. hikhik. bila perut dah kenyang, mula la jadi ular sawa. jangan!! solat tarawih jangan lupa, sekali setahun je kita jumpa solat tarawih ni, bulan ramadhan ja, bila lagi kita nak upgrade kita punya pahala kan, bulan yang mulia ne la masa kita nak kumpul keberkatan..mana taw puasa tahun depan dah tak merasa..haaa, jadi jangan tak pegi solat tarawih taw..=)



renung-renungkan dan selamat beramal..=)

merindui..

aku tengok jam dah pukul 3.38 pagi tapi aku tak tido-tido lagi. orang lain dah 5, 6 ketul taik mata berjaya diproses..huhu..nape aku tak boleh tido ne ek..?masuk hari ni dah dekat 3 hari aku tido lambat..cek abang plak tido tak ingat dunia, adoi.

saya rindu naisardian syah!!alamak, malu la plak..hehe..tapi serius, 2, 3 hari nie aku rindu sangat sampai tak leh tido. haaa, parah kan? tapi ntah la, mamat ne macam lain plak 2, 3 hari ni. nak layan macam tak nak layan. penat kot main dota + pesta konvo lg. sekali aku sms nak bermanja timing tak betul, memag la die layan macam tue. sya-sya, itu pun susah nak paham ke? hehe..



pada pendapat korang la kan, bercinta ne susah tak? nak jaga hati si dia, nak ikut cakap si dia, nak topup sebab nak sms si dia, sanggup makan megi sebab nak keluar dengan si dia..bukan kah 'complicated' namanya tue..haih, tapi bila sorang pun susah jugak. tak de orang nak tanya dah makan ke belum hari-hari. takde tempat nak mengadu kalau gaduh dengan kawan. takde orang yang paksa makan ubat kalau sakit..huhu..

dah-dah, aku dah senget dah ne, tulis merepek je. anggap la ne iklan supaya blog aku ne ada jugak entry-entry baru. takde la pengintip-pengintip dari kl, alor star, sydney asyik tengok benda yang sama je bila bukak blog aku ne..korang pun komen-komen la sket..blog aku ne boring ke, pe yang patut di tambah untuk menaik kan seri blog aku ne. ingat pengantin je kena ada seri, blog pun harus ada taw..huhu..ok-ok, aku nak tido, kilang taik mata aku dah nak mula beroperasi..cau cin cau..=)

p/s : Don't let someone become your everything, because when they're gone you have nothing!=)