ramadhan telah masuk ke fasa kedua..pelbagai dugaan dan cabaran telah ditempuhi. ini adalah salah satu dugaan untuk meningkatkan tahap iman yang menipis ini. Ya ALLAH, berilah ketabahan kepada hambaMu ini untuk menempuhi segala cabaran..
minggu sebelum puasa, sehari selepas balik dari taiping, mama sms dari labuan memberi khabar berita atok sakit, muntah darah. alangkah terkejutnya diri ini kerana malam itu dia turut sama menghantar aku ke usm. ayah bergegas balik dari labuan ke perak. atok di masukkan ke hospital 2 hari. Alhamdulillah, semua anak-anak nya dapat balik menjenguk dia yang sakit, cukup 11 orang semuanya. dan sekarang Alhamdulillah, atok kembali sihat..
minggu lepas sms mama dekat labuan, saja nak tanya khabar. rupanya memang ada yang tak kena di rumah. adik demam kuat, sudah hari tak bangun, sudah berkali-kali ke klinik. doktor cakap kalau tak sihat jugak adik akan masuk hospital. sebak rasanya tatkala mama mengadu keadaan di rumah yang tak terurus. kalau lah dekat, hari tue jugak aku balik, tapi apakan daya....
tak sampai setengah jam lepas tue mama sms sekali lagi, bagitau adik perempuan yang kami panggil kakak pulak lembik di sekolah, cikgu telefon mama suruh ambik kakak. macam mana nak diuruskan dua orang dalam satu masa? masa tue jugak ayah balik jaga adik bila mama pegi ambik kakak di sekolah..malam tue ayah sms mengadu juadah buka puasa hanya bubur kanji kosong sebab mama tak sempat nak masak..Ya ALLAH, sayu nya hati mendengar keluhan mereka...
namun, Alhamdulillah, adik dan kakak semakin sihat..tapi, dugaan tidak habis di situ, pak cu pulak menyatakan maaf kerana tak dapat menghantar beg yang di kirim oleh sebab mak mertua nya pulak yang masuk hospital. tak apa pakcu, urus kan urusan yang lebih penting dahulu..
hari ini, jam 2.45 pagi, aku terkejut bila handphone berbunyi tanda sms masuk. berderau rasa darah naik ke kepala saat melihat nama ayah yang tertera di skrin hp. sms yang berbunyi "emak mak cu Azreen meninggal dunia"..rasa bagai nak tercabut pangkal jantung mendengar khabar berita itu. setelah lama menderita akibat barah payu dara, akhirnya beliau pergi jua..AL-FATIHAH...
subuh pagi tadi pulak mama sms lagi, tanya khabar. aku tak bagitau keadaan aku sekarang, mata kanan bengkak, tanpa aku tahu punca nya..mama mengadu lagi...ayah dan angah pulak yang demam. rasa nya tak sanggup lagi nak mendengar khabar yang tidak baik ini...dugaan demi dugaan menduga aku dan keluarga. lantas aku emnyuruh mama pergi tido supaya dia tidak demam seperti yang lain. tak aku dapat bayangkan jikalau mama yang demam saat aku tiada di rumah...
satu demi satu dugaan melanda di dalam bulan penuh berkat ini, namun yang pasti segala dugaan ini adalah ujian dari ALLAH terhadap hambaNya, tidak lain adalah untuk menguji kesabaran dan kekutan iman manusia..YA ALLAH, ampuni lah dosa kami dan Engkau permudahkan lah ujian kami, sesungguhnya Engkau menguji kami dengan ujian yang tidak mungkin kami tidak mampu menhadapi nya. namun, kami hanya insan lemah yang tidak lepas dari kelemahan...bantu lah kami YA ALLAH....Amin....
No comments:
Post a Comment