Wednesday, October 27, 2010

alamak...!!perut buncit..!!

hohoho...sapa perut buncit sila angkat tangan..haha..semua orang fobia dengan perut buncit kan...korang jangan tak taw..perempuan2 yang nampak slim tue ada jugak yang bermasalah perut..haha...aku tak temasuk tau..=p

kaum lelaki selalunya ada masalah nie kan...especially yang dah kawen..yela,,kalau sebelum ne makan minum korang takde yang tanggung sekarang dah boleh goyang kaki, makan pun sedap,,ade bini depan mata lagi..hati pun senang,,perut pun naik..hahaha..jangan sangka yang dah kawen je boleh buncit,, yang belum kawen pun ada kes jugak taw..=D

jangan lah laki aku macam ne nanti..=)

bagi mengelakkan semua ini berlaku tak kira lelaki atau perempuan,,mari aku sediakan tips untuk korang...kalau amalkan tips-tips nie, InsyaALLAH perut korang takkan ke depan..huhu..

  1. makan makanan yang betul - menurut pakar,,pengambilan makanan yang seimbang itu penting kerana diet yang seimbang dapat membunag lemak di perut..so, korang kena la makan makanan yang ada karbohidrat,,protein, fiber, iron semua tue...untuk kaum lelaki yang alergik makan sayur tue,, jangan la alergi lagi...=p
  2. tinggalkan makanan ringan (fast food) - makanan ringan dan fast food macam mcD,,pizza,,KFC tue akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut kalau ambik dengan berlebihan.. kalau dah tiap minggu muka korang muncul kan mcD tue,,memang sah la buncit...makanya,,jangan salahkan ibu mengandung...haha..
  3. jangan makan lewat malam - makanan yang korang makan memerlukan sekurang-kurangnya 3 jam untuk diproses oleh perut...jadi,,bila makan lewat malam dan terus tidur,,makanan yang korang makan tue tak sempat diproses oleh perut sebab time tidur perut pun tidur..huhu..jadi makanan korang bertukar kepada lemak..haaaaa
  4. kurangkan minuman soda, jus atau miniman manis - jus asli dan minuman soda mempunyai kandungan gula yang tinggi yang boleh bertukar kepada kalori.. lagipun, minuman soda macam coke tue kan tak baik untuk kesihatan...so,,jom sama2 kurangkan minuman tinggi kalori...(peringatan untuk diri sendiri)...=p
  5. jangan minum sambil makan - tabiat yang ini memang telah dididik dari kecik lagi..jangan minum sambil makan..dan seelok-eloknya minum 30 minit  selepas makan...
  6. mandi dulu baru makan - ramai orang yang aku jumpa tak amalkan benda ne,,dorang lagi suka makan dulu baru mandi...oh tidak..!!berenti buat macam tue,,tapi tukarlah kepada mandi dulu baru makan...
ok,,diharapkan tips-tips diatas dapat membantu kita semua mengatasi masalah perut buncit dan yang dah terbuncit tue,,jangan la berserah je,,amalkan diet yang sihat,,cari jalan penyelesaian..hehe...daaaaaaaaaaaa...=)

perut idaman semua..=)





p/s : tulis entry pasal perut time perut tengah sakit...adoi....

Promote to over 10 million individuals around the globe

Advertise to over 10 million users

Advertise to over 10 million users around the globe.

We advertise your company in worldwide network of partners webpages,
each with own targeted points of interests.

Our company gives you innovative promotion strategies that makes you profitable on the Internet.

We will give you real and visible results and take your website to the next level.

Promote to Millions users Now...


Millions of Customers

Millions of Shoppers

Reach millions of customers searching for products and services.

Our audience is constantly increasing and now it's over 25 million unique visitors every month.
We send traffic from trusted American and international advertising sites, which bring potential
customers from North America, Western Europe and upcoming markets.

Get More Traffic, Get More Customers...


Get More Visitors

Get More Visitors, Get More Income!!!

With no day-to-day current of visitors you cannot have reliable around the clock revenue.

You cannot get revenue if no one comes to your website. You have to have visitors
to see your business, every day, 24 hours!

Our company helps more than 30,000 clients get more shoppers from Internet.

You will get more sales by receiving thousands of real targeted visitors to see your web-site.

More Shoppers...


Tuesday, October 26, 2010

wanita vs lelaki...

lima sifat wanita yang lelaki suka :



  1. prihatin dan menghargai- lelaki suka bila wanita tue hargai dia. yang ne boleh dikatakan lelaki ne mintak puji la...hahaha...lelaki suka bila perempuan puji dia. dorang rasa bangga dan rasa perempuan ne concern la kan...huhu
  2. menjaga penampilan- bagi lelaki, dorang suka tengok perempuan yang menjaga penampilan, sentiasa kemas dan bersih. dah memang lumrah manusia suka pada sesuatu yang cantik kan...=)
  3. bijak berbicara- lelaki suka pada perempuan yang ramah terutama bila diajak bersembang. wanita yang macam ne boleh menjadi pendengar yang baik dan mampu memberi pendapat yang bernas. jangan tak taw, lelaki boleh cair bila bergelak ketawa dengan perempuan..haaaaaaaa....=D
  4. solehah- rasanya semua lelaki mahu twman hidup yang solehah kan...=)
  5. keibuan- lelaki suka pada perempuan yang ade sifat ne sebab bagi dorang perempuan yang ada sifat ne berlemah lembut dan dapat menenangkan dorang bila stress, cemas dan gelisah. sifat keibuan ne jugak memudahkan dorang untuk bermanja...ececeh...=p
  korang dah baca ape yang lelaki suka kan...sekerang kita tengok ape yang perempuan suka pada lelaki pulak....


  1.  percaya diri- perempuan suka pada lelaki yang ada keyakinan diri. maknanya kalau lelaki tue ada kebolehan, buktikan dengan sehabis baik...baru la nampak macho..huhu...=)
  2. lucu- saya setuju...!!!!hehehe..perempuan suka bila lelaki buat lawak dan pastikan lawak itu tidak bodoh...huhu...perempuan sangat tidak suka pada lelaki yang serius atau ketawa yang dibuat-buat.kalau aku memang kena pelempang.hehe...=D
  3. romantik- ne lagi satu kes, cakap sayang tapi keras macam batu..cuba la tunjukkan yang korang tue romantik.. baru la perempuan boleh cair..yuhuuu..=p
  4. bijak- bijak di sini tak semestinya kena ada phd. maksudnya matang dalam membuat keputusan, bijak mengawal keadaan. baru la perempuan yakin nak hidup sekali...=)
  5. kemas- di sini saya ingin menekankan kaum lelaki bahawa perempuan amat suka pada lelaki yang kemas..kuku bersih, rambut pendek, pemakaian kemas...baru la sedap mata memandang kan..=)



p/s : apa kes suma semua entry pasal wanita ne..??hehe

Monday, October 25, 2010

wanita dan jodoh..^_^

Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi, “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).


dalam hadith tue dah terang-terang bagi petunjuk pada lelaki dalam memilih isteri. wanita yang kaya, cantik, berdarjat tinggi selalu menjadi pilihan lelaki2 di luar sana kan. sampaikan aku boleh terpikir,,,"habis tue yang tak cantik dan tak kaya macam aku ne sapa nak jadikan bini..??"huhu...*teremosi* tapi AIMAN TAK KESAH...ape kaitan dengan aiman..??aku pun tak taw..hehe...

dalam hadith tue dah terang-terang bagi panduan kepada lelaki untuk memilih wanita yang kuat penghayatan agamanya..so apa tunggu la wanita..??cakap nak dapat suami yang soleh dan dapat membimbing,,,jom la kita bimbing diri kita dulu...=)

dalam artikel yang aku baca ne ada panduan untuk kaum hawa memilih calon suami jugak...jangan main-main kaum lelaki,,,wanita juga berhak membuat keputusan..huhu..wanita disuruh buat research dulu dalam memilih suami ne...dari segi akhlak serta penghayatan agamanya. Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya.

ibu bapa kepada wanita ne jugak berhak membuat penilaian pada calon suami ne...seperti sabda Rasulullah yang bermaksud: “Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

apa yang kita dapat tengok kat sini,,wanita juga perlu memilih suami dalam membimbing hingga ke akhir hayat dan tak memudaratkan diri sendiri di masa depan..aku pernah dengar orang cakap....lelaki yang baik untuk perempuan yang baik...kita tak taw sejauh mana ayat itu bagi makna tapi sedikit sebanyak boleh dijadikan pengajaran pada kita untuk terus membaiki diri....


Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orangorang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32).




p/s : aku jugak berdoa semoga dikurniakan suami yang baik,,,,yuhuuuuuu....=)

wanita anugerah terindah..=)

  • Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
  • Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
  • Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
  • Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
  • Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
  • Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
  • Wanita boleh memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak boleh melupakannya.
  • Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
  • Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
  • Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
  • Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
  • Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
  • Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
  • Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
  • Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
  • Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
  • Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
  • Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
  • Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
  • Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
  • Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
  • Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
  • Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
  • Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
  • Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
  • Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
  • Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
 
p/s : diambil dari blog hamba ALLAH yang tak dikenali..=)

geng helmet...!!

assalamualaikum...dah lama x tulis blog ne....huhu...pagi ne mood aku tiba2 rindu dekat kawan2 sekolah dulu..so,,korang baca je la ape yang aku merepek ne ek...

menurut pendapat aku,,ke mana saja kita pegi kita mesti jumpa macam2 jenis orang kan,,dan yang pasti semua takkan sama dengan yang sebelumnya...aku akui semua tue,,tapi at least kan,,aku mengharapkan kawan yang seakan sama..huhu..korang mesti tak paham ape maksud aku..aku pun tak paham...


aku sebenarnya rasa tertekan yang amat sangat duduk dekat usm ne..korang bayangkan,,takde sorang pun kawan sekolah aku yang satu U dengan aku...hurm,,bukan aku nak cakap aku tak bersyukur study dekat sini,,tapi bila aku perlukan kawan,,aku macam takde kawan..memang la ramai yang aku baru kenal kat sini,,tapi takkan sama dengan kawan sekolah..huhu...


entry nie aku buat khas untuk GENG HELMET ..aku rindu kamu semua..!!hahaha...korang blurr ke geng helmet tue ape..??ok,,aku akan ceritakan..=D


ok,,,ini lah geng helmet aku....nampak ayu je semua kan termasuk aku...ngeh3..nak taw kenapa kitorang gelar geng helmet..kisahnya,,kami keluar "outing" ke satu-satunya mall terbesar di labuan,,ujana kewangan atau UK..huhu..tengah syok2 jalan ada pulak geng2 lelaki bergaduh di dalam UK tue..kalau tak silap aku satu kumpulan tue bawak helmet nak gaduh dengan satu kumpulan lagi..maka,,disebabkan situasi itu berlaku depan mata kami,,maka kami pun ambik la gelaran geng helmet tue sebagai nama...(macam sejarah melaka pulak..hehe...)

kitorang terdiri daripada 5 orang ahli...yang baju biru tue wani,,asal beaufort sabah...yang baju merah tue aku,,dari perak..hehe...yang tengah pija,,dari labuan...baju hitam gee dari sipitang + kelantan + melaka kot..hehe..jangan marah gee...=p yang hujung sekali paling ayu antara semua,,bai,,lawas sarawak...see,,unik kan..??semua ada karakter masing2,,yang kuat tido,,yang pandai,,yang susah nak kejutkan,,yang banyak peminat..hehehehe...tapi yang menarik,,kami semua minat suju atau super junior...=)


disebabkan kami sekolah asrama,,maka pergerakan agak terbatas...oleh itu,,kami suka buat kerja gila...hehe..kalau hari sekolah memang kami selalu berkumpul sambil bergosip time prep..huhu...zaman kanak-kanak betul..bila masuk hujung minggu datang la gila masing-masing especially hari ahad yang free...habis je sembahyang subuh kitorang pun siap-siap pegi brekfes...bihun sup..menu kekal hujung minggu.kami je la yang meriahkan dewan makan hari ahad tue,,bila datang gila mintak sampai 2 mangkuk..=p

habis je brekfes,,kami melawat kawasan sekolah sambil menggilakan diri..hehe...gelak2 macam nak terkeluar isi perut...sampai je gate semua pakat pujuk pak guard nak keluar ambik angin kat pantai...depan sekolah kan pantai...huhu...bile pak guard cakap ok je,,terus jadi monyet keluar hutan..haha..kitorang main air sampai la berpeluh-peluh dan bermasam-masam..hehe...dah puas,,balik bilik buat kerja masing-masing...huhu...memang best..

yang pasti,,semua memahami walaupun kadang-kadang ade yang tegang sikit,,tapi masih lagi makan sama-sama..best tak terkata dengan dorang nie..sekarang masing-masing ade haluan yang tak sama...wani dekat UMS...aku USM...pija dah ke france...gee UTM,,bai UMP...kami sangat terpisah,,tapi tak pernah putus talian...huhu...=p

kepada geng helmet,,,aku sudah buatkan entry untuk kamu ne,,,jangan jeles dengan entry aku yang lain...hahaha....harap kita dapat jumpa balik and tengok keadaan masing2 yang semakin membesar...hehehe...miss all of u....love u all....









p/s : napa love tue pink..err,,,xpela...geng helmet suka pink.hahaha...=D

Wednesday, October 20, 2010

saya tertekan....!!



arghhhh....makin dekat nak exam makin berlambak kerja yang belum siap nie...mane nak study lagi,, nak main bowling lagi,,nak tengok wayang lagi,,nak dating lagi...eh,,,termasuk list ke tue...??hehe..

ok2, disaat aku tengah tulis entry nie,,aku sedang ponteng satu kelas minor aku iaitu asas psikologi atas sebab2 tertentu iaitu mengantuk dan boring...huhu....ok2,,jom list kan ape program yang akan berlangsung sepanjang minggu ini dan minggu depan dan minggu depan dan minggu depan dan minggu depan....sya,,,nak kena menyepak...??hehe...

hari nie, 20.10.2010 (rabu),, kelas mula pukul 9 tamat pukul 11...dalam kelasa ada presentation pasal konflik orang asli dan pembangunan...aku punya kumpulan bentang ketiga terakhir,,sebelum kami ada lebih kurang 5 kumpulan...yang tak boleh blah,,lepas dorang bentang poster dorang,,dorang terus blah...at last dalam kelas tinggal kumpulan aku dan dua kumpulan terakhir...woi,,korang ingat korang je ke lapar...??kitorang ne dah keluar taik telinga dengar perbentangan korang,,korang tak nak dengar perbentangan kitorang plak ek...!!!(angin naik satu badan)

pukul 12 plak,, aku pergi dewan bankuet USM sebab ade briefing untuk konsert amal esok,,aku dengan kawan aku jadi orang belakang tabir,,tolong make up penari2...yuhuuuuu...=D

nie la mereka yang bakal aku make-up kan esok,,,jagalah korang...hahahaha...=D

1.00 p.m = makan..!!
2.00 p.m = kelas bi yang boring...zzzzzzzzzzzz~~~
3.00 p.m = kelas psiko yang aku tengah ponteng...hahaha...=p
5.00 p.m = kelas elektif yang tak boleh ponteng,,kalau boleh dah lama aku ponteng..ngee~~
8.30 p.m = postmortem kelab pengajian...macam nak muntah banyak sangat meeting  (USM = Universiti Suka Meeting)=p
11.00 p.m = balik bilik buat esaimen psiko, perbentangan psiko,,perbentangan elektif and group discussion bi...huhu...mampos..!*_*

khamis plak kelas pukul 8 pagi sampai 3 ptg lepas tue sambung uruskan orang menari....baik aku yang menari...cepat sikit konsert tue habis,,,semua lari balik..hahahaha...

jumaat pagi nak ronggeng dulu kalau ada yang nak temankan...nak lanyak boling dulu...gian siot..huhu...petang maybe balik kampung tengok nenek bgan jumpa mama...=p

minggu depan punya jadual adalah seperti berikut....presentation psiko,,presentation elektif,,hantar esaimen psiko,,group discussion bi....mampos la aku macam ne...at last kan...aku terbongkang atas katil layan movie blue jiwang....hahahaha...tak pun aku mati kering dengan buku2 yang berlambak...huhu...=p


korang nak aku macam ne...?=p

korang2 yang exam lama lagi tue,,teruskan usaha...yang tengah exam,,sila tutup laptop dan buka buku...yang tengah gaduh dengan pakwe tue,,pesan kat pakwe "i nak exam,,u boleh jangan buat hal tak?"  (macam aku je tueee..huhu)


p/s : kelas ong beng kok dah nak start...tapi aku lepak lagi kat lab komp ne...huhu...=D

Monday, October 18, 2010

disaat aku mencintaimu-dadali

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta.....



p/s : teruskan menanti dan berharap kerana itu yang saya perlukan....=_=

Sunday, October 17, 2010

please forgive me...



PLEASE FORGIVE ME...T_T

pengganas kah...????

ok, tengok tajuk ja sdh rasa maw marah..!!soalan first sebelum aku mula entry ne..ISLAM ITU PENGGANAS KA.....????korang jawab sendiri la..naik darah aku ne sampai ke otak..aish..sakit hati...!semua gara2 filem yang aku tengok dengan roomate aku semalam..tajuknya BURIED...sangat tidak best..!


ok, ne sinopsis dari GSC....Paul Conroy (Ryan Reynolds) is not ready to die. But when he wakes up 6 feet underground with no idea of who put him there or why, the life for the truck driver and family man instantly becomes a hellish struggle for survival. Buried with only a cell phone and a lighter, his contact with the outside world and ability to piece together clues that could help him discover his location are maddeningly limited. Poor reception, a rapidly draining battery, and a dwindling oxygen supply become his worst enemies in a tightly confined race against time - fighting panic, despair and delirium, Paul has only 90 minutes to be rescued before his worst nightmare comes true.

nak taw sinopsis sebenar..?hurmmmm,,aku tak reti nak cerita sangat tapi aku try ek..cerita nie pasal sorang lelaki warga amerika yang ditanam di dalam keranda 6 kaki di bawah tanah dan dia cuma ada henset dengan lighter dalam keranda tue..starting menarik la kan, macam mencabar giler..time dia ambik henset tue, tulisan di henset tue tulisan arab, aku ngan rumet aku ne bebal sket, tak paham lagi apa yang cuba dia sampai kan..dengan henset yang ada line di bawah tanah tue (tak logik kan), dia pun cuba la call orang2 yang dia kenal, isteri dia, kedutaan amerika, syarikat tempat kerja dia. dari call tue la dia ada cakap yang dia ditangkap oleh "terroris" di IRAQ...ok,,korang dah dapat tak ape aku cuba sampaikan ne..?

cerita tue 90 minit dalam keranda...sangat save budget..huh..!!sepanjang cerita tue macam2 la jadi, orang iraq tue call dia mintak tebusan 5 juta, lpas tue ade video sorang kawan paul (watak utama) ditembak oleh "pengganas" kononnya..pastu ade azan lagi.."pengganas" kononnya tue suruh paul kerat jari la...at last paul tue mati dalam keranda yang ditanam oleh "pengganas" itu...korang paham tak ape yang filem nie cuba sampaikan pada kita.??

so di sini aku nak tanya lagi..ISLAM ITU PENGGANAS KA.....????hurm,,speechless aku lepas keluar dari panggung, terus kitorang pegi solat maghrib..aku nasihat kan korang tak payah la tengok cerita nie. kalau nak tengok jugak jadikan la pengajaran...tepuk dada, tanya iman...

Thursday, October 14, 2010

zaman muda-muda

di kala tension dengan semua perkara hujung semester ne, tiba2 aku rasa nak balik ke zaman dulu kala...bukan zaman purba, zaman muda-muda dulu...kanak2 riang, takde masalah negara, masalah cinta, masalah duit, masalah study, semua masalah la..huhu..

zaman kecik aku tak la hebat mane, tapi best..!haha...aku dulu sangat pemalu dan lambat bertindak. ayah aku cakap aku lembab. haha. mane tak nye, kalau ade hari keluarga pejabat ayah aku, mesti ade game untuk budak2 kan. kutip gula2 ke, lari dalam guni ke, bola ping pong dalam sudu ke, banyak lagi la. malang nye satu pun aku tak join, malu..!haha..acara yang aku join pun mewarna, tue pun mak aku mesti ade kat sebelah, sambil mewarna tengok orang, takut ade orang tengok aku mewarna..hahaha..!

time kecik aku sangat takut dengan ayah aku, nak mintak ape2 semua mak aku jadi orang tengah, tapi kena tahan telinga dulu la..huhu..padahal kalau bagitau ayah gerenti terus dapat, tapi aku takut jugak..hehe..bila dah besar jadi anak ayah, semua mengadu dengan ayah..kadang2 aku dengan ayah je yang taw rahsia aku..hehe..

comel kan saya dulu..=)

dulu kecik2, aku sangat suka bergaya..mak aku penah buatkan aku kurung moden yang sangat seksi. pastu sekolah ade buat hari anugerah, so kelas aku buat persembahan lakonan, aku jadi cikgu. aku pun melaram la dengan baju tue untuk persembahan tue. yang tak boleh blah nye, aku pi pakai kasut high heels mak aku punya, yang 3 inci tue ke sekolah. disebabkan ke'over'an baju aku tue, aku dipilih buat fashion show dengan kawan-kawan yang lain esok nye.

bila esok nak pegi sekolah aku tak boleh la pakai kasut mak aku tue sebab mak aku nak pakai, nak tengok aku fashion show la konon. dia pun dengan semangat belikan aku kasut lain. sampai sekolah cikgu tengok kasut aku dah lain, dia bagitau mak aku. maka, kantoi la aku pakai kasut mak aku. pa lagi, sah2 kena marah dengan mak aku..hahaha 

time darjah satu plak kelas aku kena buat persembahan 'tarian cina'. time persembahan tue aku pakai skirt merah siap make-up macam opera cina dah aku rasa..haha..

gambar ne lepas buat persembahan...=)

banyak lagi gambar2 aku yang comel time kecik..eceh..!haha..korang layan la ek..=p








Tuesday, October 12, 2010

heritage & SERI

11/10/2010...tarikh ne aku dengan geng2 major aku buat trip ke penang heritage dengan SERI dekat area penang jugak...kitorang bertolak dari USM pukul 9 pagi sampai pukul 5.30 petang..penat tapi seronok..ne la antara gambar yang sempat diambik oleh kamera aku sebab bateri dah habis time tue...huhu...gambar2 lain dekat kawan2 aku yang lain...sila upload di fesbuk ye rakan2...=)








Friday, October 8, 2010

bahagia ke...?? (bhg. 2)

jeng3..soalan lagi..bukan ape, aku macam tertanya-tanya dalam otak aku soalan ne. harap korang tak kesah la ek. sila bagi pendapat ek.

pada pendapat korang la kan, bercinta dengan pasangan yang sebaya bahagia ke tak..??bukan ape, selalu kita tengok dekat sekeliling kita pasangan2 kebanyakannya kan mesti tak sebaya dan kebanyakannnya yang lelaki lebih tua. orang kata lelaki lambat matang, so bila pasangan lelaki lebih tua jadi balance la kan. hurm...

so, aku ingat nak tanya pendapat korang, adakah bercinta dengan pasangan sebaya boleh bawa bahagia ke tak? kalau tak sebaya pulak, mana lagi bahagia, lelaki lebih tua atau perempuan lebih tua.



complicated sungguh soalan aku kan..korang tolong bagi pendapat ek..trima kasih..=)


p/s : imisshim.=(

Thursday, October 7, 2010

bahagia ke...??

oh..! sangat lama tidak meng'update' blog ne. dah bersawang dah rasenye. huhu...=p

firstly, trima kasih la pada visitor2 dari merata tempat tue ek sebab sudi hinggap dekat blog aku ne. rajin2 la tinggalkan tapak kaki korang tue. at least aku tau la korang penah jejak kaki ke blog aku ne..hehe..

macamana raya korang? banyak duit raya tak? kalau yang dah berumur macam aku ne jangan berangan la nak dapat duit raya lagi. pegi beraya bukan orang bagi duit raya, dorang sia tanya lagi.."bila nak kawen?"..amboi pakcik, saya ne baru 20 taun, duit bulan pun ayah yang bagi, tak kan gatal nak kawen kot. ish3..

topik hari ni agak berat kepada orang2 bercinta macam aku. huhu. aku nak mintak pendapat korang la dalam banyak hal ni..tolong jawab ek. diri ini sangat memerlukan perdapat korang sume :p

  1. kalau korang dah break-off dengan someone tue bukan kerana salah dia atau salah korang tapi sebab salah faham, korang akan teruskan berkawan tak dengan orang tue?
  2. lepas korang dah kawan dengan ex korang tue dalam beberapa tahun tanpa ada sebarang perasaan, tiba2 dia buka cerita lama dan cakap dekat korang "kalau la awak takde gf/bf kan bagus, boleh kita couple balik",,ape tindakan korang?
  3. selepas dia luahkan perasaan gitu dengan korang, perasaan korang pun jadi huru hara dengan bf/gf korang. adakah korang akan lupakan dia atau korang break-off dengan gf/bf korang dan balik pada dia?
  4. sanggup tak korang lupakan salah sorang dari mereka sama ada bf/gf korang atau pun kawan korang?


ok, rasanya cukup setakat ini soalan mid-termpada korang semua, sila tinggalkan pendapat korang ye...trimas...=)