Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi, “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
dalam hadith tue dah terang-terang bagi petunjuk pada lelaki dalam memilih isteri. wanita yang kaya, cantik, berdarjat tinggi selalu menjadi pilihan lelaki2 di luar sana kan. sampaikan aku boleh terpikir,,,"habis tue yang tak cantik dan tak kaya macam aku ne sapa nak jadikan bini..??"huhu...*teremosi* tapi AIMAN TAK KESAH...ape kaitan dengan aiman..??aku pun tak taw..hehe...
dalam hadith tue dah terang-terang bagi panduan kepada lelaki untuk memilih wanita yang kuat penghayatan agamanya..so apa tunggu la wanita..??cakap nak dapat suami yang soleh dan dapat membimbing,,,jom la kita bimbing diri kita dulu...=)
dalam artikel yang aku baca ne ada panduan untuk kaum hawa memilih calon suami jugak...jangan main-main kaum lelaki,,,wanita juga berhak membuat keputusan..huhu..wanita disuruh buat research dulu dalam memilih suami ne...dari segi akhlak serta penghayatan agamanya. Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya.
ibu bapa kepada wanita ne jugak berhak membuat penilaian pada calon suami ne...seperti sabda Rasulullah yang bermaksud: “Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.
apa yang kita dapat tengok kat sini,,wanita juga perlu memilih suami dalam membimbing hingga ke akhir hayat dan tak memudaratkan diri sendiri di masa depan..aku pernah dengar orang cakap....lelaki yang baik untuk perempuan yang baik...kita tak taw sejauh mana ayat itu bagi makna tapi sedikit sebanyak boleh dijadikan pengajaran pada kita untuk terus membaiki diri....
Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orangorang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32).
p/s : aku jugak berdoa semoga dikurniakan suami yang baik,,,,yuhuuuuuu....=)
No comments:
Post a Comment