Friday, August 12, 2011

Ciptaan yang unik

salam..apa perkembangan puasa korang...?dah ada yang tinggal ke..?kalau perempuan aku paham la..tapi kalau lelaki,,aku konfius sikit..hehe..

pernah tak korang terfikir,,kadang kadang manusia nie susah kite nak paham..baik lelaki atau perempuan..sedangkan aku sendiri pun tak paham diri aku..bila aku nak marah,aku marah laa..bila aku nak gelak aku gelak je kuat kuat..hehe..


tapi,,apa yang terselindung sebalik semua nie Allah mesti tau kan..aku nak luah perasaan sikit la..korang baca la kalau sudi ek..

kalau korang perempuan,,letak kan diri korang di tempat lelaki..korang rasa kan,,lelaki memilih perempuan atas dasar apa..?rupa..?seksi..?peribadi..?kenapa ada lelaki yang memilih perempuan yang comel je untuk jadi gelfren dia...?jadi yang tak comel macam aku nie camana..?hehe...


korang rasa adil tak untuk lelaki diberi kuasa memilih..?bila dah taknak tinggal kan..jumpa yang lagi comel plus seksi yang lama tinggal kan..?apa sebab ek..aku ada baca blog the other khairul,,dalam tue dia ada bincang pasal kenapa lelaki tak nak mengaku pada gelfren dia kalau dia dah ada perempuan lain..?

aku setuju dengan apa yang dia tulis..manusia nie tak kira lelaki atau perempuan mesti ada nafsu..dan bila syaitan dah kuasai kita,,nafsu la jadi raja diri kan..sebab tue la ada kes curang di belakang pasangan..kenapa dia curang..?aku rasa gelfren yang dia ada sekarang dah cukup baik untuk dia...sayang dia nak lepaskan..gelfren yang baru dia jumpa nie pulak cuma untuk suka suka..takde pikir nak serius pun,,jadi sayang gelfren lama tapi nak enjoy dengan gelfren baru,,maka menipu adalah jalan nya..takkan nak lepaskan orang yang lebih baik untuk orang yang perlu diperbaiki..?sama jugak kes dengan perempuan..huhu


ok,,sekarang kita ambik dari dua dua pihak la..tak adil pulak untuk lelaki kan..perempuan pun sama..sedangkan dia dah dapat pasangan yang sangat menjaga dia,,,sayang ada dia..kenapa mesti cari lelaki lain untuk bermanja..apa yang dorang cari sebenar nya..?jawapan nya sama untuk lelaki dan perempuan..NAFSU..manusia tak kan sedar bila sesuatu yang baik ada depan mata,,dan akan mula sedar bila dah takde dengan kita...masa tue menyesal tak guna la kan..

sebab apa aku cakap ciptaan Allah itu unik..boleh tak korang nilai kenapa seseorang tue tinggal kan pasangan nya untuk cari pasangan lain..sedangkan hubungan tue dah hampir dengan perkahwinan..jawapan paling femes..JODOH..yes,,jodoh memang rahsia Allah..tapi kalau kita tinggal kan dia untuk orang yang lebih baik mungkin ada sebab kukuh,,tapi kalau sebalik nya..?


aku yakin sapa sapa pun mesti nak kan pasangan yang boleh membawa ke syurga..yang boleh memimpin dan di pimpin.."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat"..kenapa tak nak berubah menjadi baik untuk dapat pasangan yang baik jugak..atau kenapa nak jadi jahat dan tinggal kan pasangan yang baik tue..?unik kan..

semua tue rahsia Allah,,,setiap yang jadi ada hikmah...mungkin bila kita tinggal kan insan yang baik nie satu hari kita akan sedar dan jadi yang lebih baik...mungkin jugak kita lebih kenal erti sayang bila berubah hati pada orang lain..


apa pun,,setiap kesalahan yang orang lain buat pada diri kita perlu dimaafkan..jangan biarkan diri dia dalam rasa bersalah kerana dosa yang ditanggung dengan Allah lagi berat...kalau pun terpaksa terpisah lepas mengikat pertunangan atau perkahwinan..anggap la itu ketentuan..jangan meratapi atau menyalahkan takdir..yakin la kalau kita di pihak yang benar kita mesti dapat ganjaran yang setimpal..Allah lebih tahu..:)






Tuesday, August 9, 2011

MAS vs Air Asia..

sapa yang balik kampung perlu naik kapal terbang...?sapa yang tau mesti akan paham ape yang aku nak sampai kan..bagi orang yang terpaksa keluar duit untuk balik ke rumah naik kapal terbang,,jangan ingat dorang nie m orang kaya..dorang nie kalau nak balik cuti bulan oktober 2011,,bulan oktober 2010 dah servey harga tiket dah..perancangan mesti nak awal..kalau lambat korang bayar la harga tiket yang berganda ganda tue..huhu


syarikat penerbangan dekat malaysia nie ada dua..Air Asia dengan Malaysia Airlines (MAS)..macam Firefly tue pun dikendalikan di bawah MAS..maka,,bila kita ada dua syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang sama,,akan wujud la persaingan kan..dalam kata mudah,,korang jual shawl,,kawan korang pun jual shawl...mesti korang lumba lumba nak letak harga murah supaya orang beli shawl dekat korang kan..sama jugak dengan dua syarikat nie..masing masing berlumba lumba nak bagi tambang murah untuk tarik pelanggan..itu memang hukum ekonomi..


tapi,,masalah nya sekarang...dua dua syarikat nie dah bertukar saham..maknanya ada perkongsian di situ..nak wujudkan kerjasama strategik untuk mendapat keuntungan dua dua pihak...kira macam 'win-win' situation la nie..menurut sumber yang aku baca,,perkongsian nie akan bawak pada situasi macam nie..:


  • MAS akan kendalikan penerbangan jarak jauh..
  • Air Asia akan kekalkan perjalanan domestik dengan tambang murah..

pertukaran sahanm nie jugak dikatakan untuk kepentingan rakyat..ok,,jom kita tengok dari perspektif pengguna..

sebelum nie ada dua syarikat yang menjalankan penerbangan domestik..maka wujud persaingan..jadi bila perkongsian saham dibuat dan dipersetujui seperti situasi di atas,,korang rasa Air Asia akan kekal kan tambang murah tak..?dengan tiada persaingan,,jadi rakan kongsi saham dengan MAS pulak..


bila wujud perkongsian,,dua dua syarikat nie akan saling menjaga kepentingan satu sama lain..takde dah persaingan harga tiket yang selalu korang rebut kan..'win-win' situation yang dorang cuba wujudkan cuma untuk dorang..rakyat..?'win' ke..?huhu

satu lagi,,kenapa macam terdesak sangat nak buat pertukaran saham nie..?ramai yang tau kan MAS mengalami kerugian besar lebih dua juta untuk suku pertama tahun nie..jadi adakah penggabungan nie akan mengurangkan beban MAS..?dan kita pun tau kerajaan mempunyai pelaburan dalam syarikat MAS,,maka syarikat nie ada kaitan dengan kerajaan di bawah Government-linked Companies (GLC)...aku yang cetek ilmu nie tertanya tanya,,ke mana duit keuntungan MAS pada 2010 sampaikan terpaksa tanggung hutang tahun nie..?



apa pun,,kita sebagai pengguna perlu tau..kalau ada yang aku silap tolong betulkan ek..lepas nie aku nak balik labuan naik kapal selam yang dibeli tue la..?kapal tue boleh menyelam ke..?hehe..pendapat korang boleh disuarakan..=)


sumber : berita semasa,,malaysiakini,,artikel,,google






p/s : ada cara untuk memohon maaf tak..?


Saturday, August 6, 2011

dua puluh satu

sori la aku dah lama tak update..sibuk sangat dekat rumah nie..dalam usaha nak jadi isteri contoh la katakan..korang semua rebut rebut nak bina kerjaya aku tak heran la..yang penting aku nak jadi isteri terbaik..sapa nak jadi laki aku..?sila isi borang...hehe


24 julai lepas aku melangkah lagi satu angka..rasa macam baru je semalam aku menangis nangis nak susu mak aku..hari ni aku dah boleh main masak masak dengan mak aku dekat dapur..kejap je kan...agak agak 24 julai sepuluh tahun akan datang apa jadi ek..?bernafas lagi ke...dah terkubur ke..nauzubillah..

bila umur pun dah makin tue,,tak yah nak berangan la tiup tiup lilin makan kek suap suap..parents aku sangat profesional..tanya aku nak makan apa dorang masak kan..dan korang pun tau kan..air tangan mak la yang tak dapat nak tanding dekat mana mana pun,,korang pegi la pizza hut ke,,kfc ke..order masak lemak cili api mama...boleh dapat..?silap silap masuk surat khabar..haha..


sedih jugak la bila tak dapat nak sambut dengan Mr. N..dah la besday berturut hari..apa kan daya..laut yang memisahkan..eceh..apa pun kami sama sama doa supaya diberikan kesihatan yang berpanjangan plus rezeki yang melimpah plus rendah diri dengan kejayaan yang ada..baru la bermakna besday kita kan..hehe


masuk 21 tahun nie aku dah mula pikir macam macam..tahun depan aku dah habis study..nak sambung belajar ke nak kerja..lepas tue berapa tahun nak kerja baru pikir kawen..kawen tak boleh tinggal kan..haha..

apa pun dalam umur 21 ni aku belum sedia nak pikul tanggungjawab sebagai isteri..plus nak hadapi masalah rumah tangga..korang yang sebaya aku ada pikir macam aku tak..?ke aku yang terlebih matang nie..haha..parents aku senyum lebar bila aku cakap aku belum nak kawen lagi..dalam hati mak aku.."ada lagi teman aku nak masak"..dalam hati ayah aku pulak.."boleh simpan duit lagi nak kenduri"...hahaha..


banyak kan rancangan kita untuk masa depan..dan dalam apa yang kita rancang tue,,pernah tak korang pikir dugaan disebalik tue..contoh nya,,aku rancang nak sambung master lepas habis degree,,lepas tue nak kerja dalam tiga atau empat tahun baru pikir nak kawen..dah kawen beli kereta dan rumah sendiri..plan baik je kan..ingat Allah nak bagi macam tue je..?Dia tetap akan uji kita tak kira la besar mana...misal nya masalah kewangan ke..masalah kesihatan ke..plan dah baik tup tup kemalangan lumpuh seluruh badan..langsung tak boleh nak teruskan apa apa..pernah tak korang pikir..nauzubillah..


apa pun yang kita rancang untuk masa depan..berdoa lah semoga semua urusan kita diberkati oleh Allah..duit berjuta pun tak berkat tak guna jugak..jadi cari la keberkatan dalam hidup ini..peace...=)






Saturday, July 23, 2011

Happy birthday to U...!

hallo...hari nie besday Mr. N la..jom bagi surat...;p

awak...hepi besday...dah 21 laaa...boleh dah pegi mengundi kan..hehe...hepi besday awak...semoga sihat selalu...badan makin montel...perut makin bulat...tapi exercise banyak banyak taw..bagi fit untuk stamina...hehe..



awak..kite bru kenal dua tahun lebih..awak dah hidup 21 tahun..maknanya saya baru 10 peratus muncul sepanjang hidup awak..saya harap saya terus jadi orang yang awak kenal untuk 20 tahun akan datang..saya doakan awak berjaya dalam semua benda..usaha kuat kuat tau..tak nak pikir benda lain...hehe

awak..saya mintak maaf sepanjang dua tahun awak kenal saya nie...saya banyak bagi masalah pada awak..saya susah kan hidup awak dua tahun nie..kalau awak tak jumpa saya mesti awak tak susah kan..mesti masalah awak tak banyak macam sekarang..maaf awak..

awak..saya nak jadi orang yang awak kenang sampai hujung nyawa awak...sekarang umur awak 21 saya ada dalam ingatan awak..saya harap untuk ulang tahun kelahiran yang ke 70 sekali pun awak tetap ingat saya..kalau pun saya takda dengan awak..jangan lupa saya ek..


awak..maaf takde hadiah saya nak bagi awak tahun nie...awak paham kan keadaan kita yang belajar lagi nie..saya tak nak susah kan mak ayah bagi duit untuk beli hadiah awak..saya janji saya cari duit sendiri untuk bagi awak hadiah ek...

awak..maaf sebab saya jadikan hidup awak sia sia bila jumpa saya...dua tahun awak rasa sia sia dengan saya..selamanya saya akan rasa bersalah..hukum la apa saja janji lepas nie awak tak rasa sia sia lagi..saya nak bagitau awak...saya hepi sangat sejak saya kenal awak..saya rasa berharga sangat setiap masa saya kenal awak..saya nak awak pun hepi...awak jangan pandang saya je taw...cuba cari orang lain yang boleh buat awak hepi selalu..saya tak nak awak sambut besday tahun tahun akan datang sedih sebab saya..saya nak tengok awak hepi..

awak..hepi besday..awak tau saya sayang awak..cuma perangai saya yang menjauh kan sayang saya pada awak...saya akan tetap sayang awak sampai ke tarikh lahir seterus seterus nya..jaga diri awak...untuk keluarga..untuk orang yang awak sayang...:)


HAPPY BIRTHDAY DEAR....!:)






Distance never separates two hearts that really care, for our memories span the miles and in seconds we are there. But whenever I start feeling sad, because I miss you, I remind myself how lucky I am to have someone so special to miss.



Friday, July 22, 2011

kecil vs besar

salam..tiba tiba teringat kenangan zaman kecik kecik..masa tue comel je kan main masak masak..kawen kawen..takde pun playstation macam zaman sekarang..tapi masa budak budak la kita cipta banyak pengalaman...


masa zaman aku dulu,,tengah top pasal kasut roda..alaaa,,korang mesti kenal kan..aku ingat lagi hadiah besday aku masa umur tujuh lapan tahun kalau tak silap..parents aku bgi hadih benda nie...warna hijau kalau tak silap..dua tiga hari test main dalam rumah...pegang dinding..macam budak baru belajar je..bila dah pandai main pulak dekat jalan ber-tar..lama lama makin laju..jatuh calar calar luka dagu tue perkara biasa...haha..


lepas tue di beli kan pulak basikal..macam biasa mula mula roda tiga di belakang..lama lama merempit dalam kawasan perumahan..haha...takde nak pikir ape masalah..paling berat pun masalah sakit badan sebab jatuh..

kadang kadang aku pikir,,jadi kanak kanak lagi senang dari dewasa..duduk depan tv tengok kartun dari pagi sampai malam...bukak fesbuk main game..ape ade hal..tapi makin besar makin banyak masalah kita pikir..


masalah study yang makin berat..masalah nak cari pasangan hidup yang sesuai..masalah nak kumpul duit kawen..masalah anak anak yang banyak permintaan..masalah dengan bini..masalah dengan laki..macam macam masalah la..

korang rasa budak budak kecik tue ade pikir tak masalah abang kakak dorang.."macam mana aku nak tolong kakak aku kumpul duit nak kawen nie ek"..jangan harap la...yang korang nie jenuh pikir masalah adik adik yang degil tak nak belajar kan..hehe..bila orang sekeliling kita ada masalah..sekurang kurang nya mesti kena tempias dengan kita kan..jadi paling kurang pun kita akan pikir pasal dorang..tue belum campur masalah sendiri lagi..hurmm...


aku ada satu perangai yang mungkin orang tak suka..tapi perangai nie jugak aku tak dapat nak buang..ego..!aku jenis yang sangat ego terhadap orang yang lebih muda dari aku..lets say la aku ada masalah dengan sorang adik nie..aku pun bagi nasihat la dengan cara yang sangat berhemah..lepas aku tegur tue,,orang yang lebih muda dari aku nie mula tak nak bertegur sapa dengan aku..mula nak tarik muka..jadi sebagai orang yang lebih tua..aku takkan tunduk kan ego aku buat kali kedua semata mata nak bertegur sapa balik..biar la sampai tujuh lapan tahun aku takkan tegur selagi dia tak tegur aku..kenapa mesti aku mengalah kalau bukan aku yang mula..jadi,,jangan salah kan aku kalau hubungan tue jadi renggang..aku tetap takkan mula kan apa apa tindakan dulu..


pernah tak korang pikir apa kehidupan korang lepas nie..memang la kita hanya merancang..dan of coz rancangan kita tue takde cacat cela..yang pasti ujian Allah ada di mana mana kan...untuk capai matlamat kita macam macam dugaan kita kena lalui..aku belum sedia nak lalui alam pekerjaan bila aku tengok orang orang yang dah bekerja makan rasuah..dapat kemewahan dengan cara yang salah..aku pun belum bersedia nak masuk alam perkahwinan bila tengok suami isteri bercerai berai anak huru hara..suami isteri gaduh baling periuk belanga depan anak anak..suami isteri tak tegur sapa duduk satu bumbung...dan konfem aku tak sedia nak ada anak bila tengok keadaan sosial sekarang...takut anak anak aku jadi mangsa gaduh aku laki bini..


umur aku sekarang memang tak dapat nak jangkau pikiran orang yang dah berumur 50 tahun..tapi aku rasa aa yang orang umur 50 tahun tak rasa di umur aku...aku rasa macam mana seronok nya jadi student degree yang boleh study selesa dekat lebri..aku rasa macam mana ketagih nya dengan internet..mati kutu bila internet takde dua hari..aku pun rasa seronok bila dapat shopping baju raya tiga empat pasang..

tapi...aku jugak rasa sedih bila orag yang aku harap faham keadaan aku tak boleh nak faham aku..aku jugak sedih bila apa yang aku harap kan hari hari demi kebaikan tak dapat aku rasa..aku jugak sedih bila semua gelak tawa masa seronok dilupakan..


jadi...kita semua rasa benda yang lain..adik adik kita maybe tak rasa makan eskrem batang 20sen patah guna lutut..kita pulak maybe tak rasa main kereta control sampai habis bateri..mak ayah kita maybe tak rasa nak main game dekat fesbuk sampai level 70..kita pulak tak rasa nikmat belanja duit gaji untuk anak anak...apa yang kevcil pasti akan membesar...hargai apa yang kita ada sekarang sebelum kita menyesal di hari tua...setiap hari tue berharga untuk kita semai kasih sayang untuk semua orang...:)






p/s : tak sabar tunggu weekend..;p

Sunday, July 17, 2011

Surat Pak Mertua untuk Awak..!!

Kepada Boyfren anak aku, 

Peraturan 1: Kalau kau sampai dekat pagar rumah aku pastu dok hon…hon, pastikan kau bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape ape atau sesapa.


Peraturan 2: Jangan kau pegang pegang anak aku depan atau belakang aku. Kau boleh pandang dia, selagi mata kau tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalau kau takleh jaga tangan kau dari dok pegang pegang anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan kau dekat rumah..

Peraturan 3: Aku tau sekarang ni fesyen budak budak pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh kau pakai seluar tu elok elok cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar kau takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku ni untuk lekatkan seluar kau dekat pinggang.


Peraturan 4: Aku rasa mesti kau tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari hari kat tv atau internet. Kalau tak pakai perlindungan cam kondom atau lain lain, kau mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh kau satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, 
kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan kau dan kemungkinan besar akan bunuh kau jugak. Paham?


Peraturan 5: Biasalah kalau kau nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua..kau nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain lain topik semasa. Aku tak maw dengar semua tue. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila kau nak antar anak aku balik ke rumah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa kau ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan awek awek lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan kau tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan kau. Tapi, sekali kau dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai pandai cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan kau atau dia break-off ngan kau. Kalau kau buat anak aku nangis, aku pulak akan wat kau nangis.


Peraturan 7: Sementara kau menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalau kau nak orang yang punctual, kau leh dating ngan mat askar. Kalau kau bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar rumah aku ni.

Peraturan 8: Tempat tempat berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa apa tempat yang boleh duduk atau baring baring. tempat tempat yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat tempat yang gelap. Tempat tempat yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat tempat yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai kau kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium cium tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.


Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan kau dari spy spy aku. Kalau aku tanya kau nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, kau ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalau aku tembak kepala kau kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main main dengan aku.


Peraturan 10: Kau patut takut ngan aku ni..kalau boleh biar sampai sangat sangat takut. Aku ni dok teringat teringat lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalau ada orang datang umah senyap senyap pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua dua tangan ko tinggi tinggi. Cakap dengan jelas “saya datang hantar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.


Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gelfren kau.


haha,,menarik wei...kalau la ade bapak mertua bagi surat dekat menantu macam nie..memang lari bakal menantu dia..hehe...

sumber : di sini




Jom Masuk U..!

salam..apa kabar semua...salam nisfu sya'aban..semoga segala amalan yang tercatat tahun lepas membawa kebaikan..teruskan beramal untuk akhirat kelak..topik hari nie,,jom masuk u...hehe..

ari jumaat lepas(15/07/2011) upu dah keluarkan semakan untuk pelajar pelajar lepasan STPM & setaraf untuk kemasukan ijazah sarjana muda..memang ramai la yang semak sampai sesak trafik dekat laman web upu tue..excited kan korang semua..yela..dah berapa bulan korang cuti dari tengok buku..lepas nie korang hadap la buku tue pagi petang..hehe..


aku ingat lagi masa aku terima result upu..takde yang mendebarkan pun sebab aku dah terima usm dulu..masa tue usm pertama kali keluar dari upu untuk pemilihan student..so medium untuk permohonan usm asing dari upu lain..usm jugak diberi keutamaan untuk memilih student dorang dulu sebelum upu buat pilihan..so masa aku semak usm,,memang aku terpilih..masa tue usm bagi dua hari untuk buat pilihan terima atau tidak..kalau kita tolak tawaran usm,,dorang akan masuk kan balik ke sistem upu untuk pemilihan u lain yang korang dah mohon..


so aku nie cuak la..tak nak terima nanti maw nye di bagi u yang lain yang tak menepati pilihan aku..mampos...teringat pulak pepatah masa tue.."yang dikejar tak dapat,,yang dikendong berciciran"..aku pun assume macam nie.."terima jela,,nanti mana taw keluar keputusan upu,,boleh pilih nak pegi u mana satu...so selamat la.."dengan yakin dirinya aku pun terima usm...ketika detik semakan upu,,keputusan nya tetap usm..maka apa yang aku assume salah..sebenar nya bila sudah terima usm,,pemilihan upu takde lagi..cet,,terpedaya...tapi aku pikir,,mungkin ini rezeki aku...so teruskan je la..


mr N punya la frust bila dia tak dapat usm..dia cakap itu u idaman..tapi bila keluar keputusan upu,,dia dapat unimap..u yang takde dalam pilihan...tapi hepi nak mampos..sebab perlis dengan penang dah dekat dah..hehe..macam macam la u..;p

sekarang zaman korang pulak..aku senyum je sorang sorang bile tengok korang tambah info dekat fesbuk..masuk kan u masing masing...ade yang siap upload logo u korang tue..ada yang cari gambar gambar asrama yang bakal korang duduk nanti..masa nie la baru nak lawat laman web rasmi u tue..tengok sapa canselor..gambar gambar universiti..gambar gambar pensyarah..semangat berkobar kobar nie nak masuk u..yela,,dah zaman lain kan..hehe..





tengok korang excited nie aku pulak yang sedih..aku dah la tahun akhir dekat u..tapi nak masuk sem baru bulan september nie punya la malas..kalau boleh korang ganti la aku ek..haha..

selamat berjuang untuk korang korang yang baru nak melangkah ke alam universiti..jangan lalai sangat,,enjoy enjoy jugak..study jangan lupa..rasa la korang apa yang aku dah rasa dua tahun nie...kalau rajin datang la jenguk aku dekat usm...call je anytime...hehe.:)







p/s : mr N nie mana menghilang...adoi...