Friday, August 12, 2011

Ciptaan yang unik

salam..apa perkembangan puasa korang...?dah ada yang tinggal ke..?kalau perempuan aku paham la..tapi kalau lelaki,,aku konfius sikit..hehe..

pernah tak korang terfikir,,kadang kadang manusia nie susah kite nak paham..baik lelaki atau perempuan..sedangkan aku sendiri pun tak paham diri aku..bila aku nak marah,aku marah laa..bila aku nak gelak aku gelak je kuat kuat..hehe..


tapi,,apa yang terselindung sebalik semua nie Allah mesti tau kan..aku nak luah perasaan sikit la..korang baca la kalau sudi ek..

kalau korang perempuan,,letak kan diri korang di tempat lelaki..korang rasa kan,,lelaki memilih perempuan atas dasar apa..?rupa..?seksi..?peribadi..?kenapa ada lelaki yang memilih perempuan yang comel je untuk jadi gelfren dia...?jadi yang tak comel macam aku nie camana..?hehe...


korang rasa adil tak untuk lelaki diberi kuasa memilih..?bila dah taknak tinggal kan..jumpa yang lagi comel plus seksi yang lama tinggal kan..?apa sebab ek..aku ada baca blog the other khairul,,dalam tue dia ada bincang pasal kenapa lelaki tak nak mengaku pada gelfren dia kalau dia dah ada perempuan lain..?

aku setuju dengan apa yang dia tulis..manusia nie tak kira lelaki atau perempuan mesti ada nafsu..dan bila syaitan dah kuasai kita,,nafsu la jadi raja diri kan..sebab tue la ada kes curang di belakang pasangan..kenapa dia curang..?aku rasa gelfren yang dia ada sekarang dah cukup baik untuk dia...sayang dia nak lepaskan..gelfren yang baru dia jumpa nie pulak cuma untuk suka suka..takde pikir nak serius pun,,jadi sayang gelfren lama tapi nak enjoy dengan gelfren baru,,maka menipu adalah jalan nya..takkan nak lepaskan orang yang lebih baik untuk orang yang perlu diperbaiki..?sama jugak kes dengan perempuan..huhu


ok,,sekarang kita ambik dari dua dua pihak la..tak adil pulak untuk lelaki kan..perempuan pun sama..sedangkan dia dah dapat pasangan yang sangat menjaga dia,,,sayang ada dia..kenapa mesti cari lelaki lain untuk bermanja..apa yang dorang cari sebenar nya..?jawapan nya sama untuk lelaki dan perempuan..NAFSU..manusia tak kan sedar bila sesuatu yang baik ada depan mata,,dan akan mula sedar bila dah takde dengan kita...masa tue menyesal tak guna la kan..

sebab apa aku cakap ciptaan Allah itu unik..boleh tak korang nilai kenapa seseorang tue tinggal kan pasangan nya untuk cari pasangan lain..sedangkan hubungan tue dah hampir dengan perkahwinan..jawapan paling femes..JODOH..yes,,jodoh memang rahsia Allah..tapi kalau kita tinggal kan dia untuk orang yang lebih baik mungkin ada sebab kukuh,,tapi kalau sebalik nya..?


aku yakin sapa sapa pun mesti nak kan pasangan yang boleh membawa ke syurga..yang boleh memimpin dan di pimpin.."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat"..kenapa tak nak berubah menjadi baik untuk dapat pasangan yang baik jugak..atau kenapa nak jadi jahat dan tinggal kan pasangan yang baik tue..?unik kan..

semua tue rahsia Allah,,,setiap yang jadi ada hikmah...mungkin bila kita tinggal kan insan yang baik nie satu hari kita akan sedar dan jadi yang lebih baik...mungkin jugak kita lebih kenal erti sayang bila berubah hati pada orang lain..


apa pun,,setiap kesalahan yang orang lain buat pada diri kita perlu dimaafkan..jangan biarkan diri dia dalam rasa bersalah kerana dosa yang ditanggung dengan Allah lagi berat...kalau pun terpaksa terpisah lepas mengikat pertunangan atau perkahwinan..anggap la itu ketentuan..jangan meratapi atau menyalahkan takdir..yakin la kalau kita di pihak yang benar kita mesti dapat ganjaran yang setimpal..Allah lebih tahu..:)






1 comment:

uji said...

nice share.. n_n