Saturday, August 6, 2011

dua puluh satu

sori la aku dah lama tak update..sibuk sangat dekat rumah nie..dalam usaha nak jadi isteri contoh la katakan..korang semua rebut rebut nak bina kerjaya aku tak heran la..yang penting aku nak jadi isteri terbaik..sapa nak jadi laki aku..?sila isi borang...hehe


24 julai lepas aku melangkah lagi satu angka..rasa macam baru je semalam aku menangis nangis nak susu mak aku..hari ni aku dah boleh main masak masak dengan mak aku dekat dapur..kejap je kan...agak agak 24 julai sepuluh tahun akan datang apa jadi ek..?bernafas lagi ke...dah terkubur ke..nauzubillah..

bila umur pun dah makin tue,,tak yah nak berangan la tiup tiup lilin makan kek suap suap..parents aku sangat profesional..tanya aku nak makan apa dorang masak kan..dan korang pun tau kan..air tangan mak la yang tak dapat nak tanding dekat mana mana pun,,korang pegi la pizza hut ke,,kfc ke..order masak lemak cili api mama...boleh dapat..?silap silap masuk surat khabar..haha..


sedih jugak la bila tak dapat nak sambut dengan Mr. N..dah la besday berturut hari..apa kan daya..laut yang memisahkan..eceh..apa pun kami sama sama doa supaya diberikan kesihatan yang berpanjangan plus rezeki yang melimpah plus rendah diri dengan kejayaan yang ada..baru la bermakna besday kita kan..hehe


masuk 21 tahun nie aku dah mula pikir macam macam..tahun depan aku dah habis study..nak sambung belajar ke nak kerja..lepas tue berapa tahun nak kerja baru pikir kawen..kawen tak boleh tinggal kan..haha..

apa pun dalam umur 21 ni aku belum sedia nak pikul tanggungjawab sebagai isteri..plus nak hadapi masalah rumah tangga..korang yang sebaya aku ada pikir macam aku tak..?ke aku yang terlebih matang nie..haha..parents aku senyum lebar bila aku cakap aku belum nak kawen lagi..dalam hati mak aku.."ada lagi teman aku nak masak"..dalam hati ayah aku pulak.."boleh simpan duit lagi nak kenduri"...hahaha..


banyak kan rancangan kita untuk masa depan..dan dalam apa yang kita rancang tue,,pernah tak korang pikir dugaan disebalik tue..contoh nya,,aku rancang nak sambung master lepas habis degree,,lepas tue nak kerja dalam tiga atau empat tahun baru pikir nak kawen..dah kawen beli kereta dan rumah sendiri..plan baik je kan..ingat Allah nak bagi macam tue je..?Dia tetap akan uji kita tak kira la besar mana...misal nya masalah kewangan ke..masalah kesihatan ke..plan dah baik tup tup kemalangan lumpuh seluruh badan..langsung tak boleh nak teruskan apa apa..pernah tak korang pikir..nauzubillah..


apa pun yang kita rancang untuk masa depan..berdoa lah semoga semua urusan kita diberkati oleh Allah..duit berjuta pun tak berkat tak guna jugak..jadi cari la keberkatan dalam hidup ini..peace...=)






1 comment:

Mr N said...

Waa..entry yg mcm akak2 matang,hehe