Tuesday, August 9, 2011

MAS vs Air Asia..

sapa yang balik kampung perlu naik kapal terbang...?sapa yang tau mesti akan paham ape yang aku nak sampai kan..bagi orang yang terpaksa keluar duit untuk balik ke rumah naik kapal terbang,,jangan ingat dorang nie m orang kaya..dorang nie kalau nak balik cuti bulan oktober 2011,,bulan oktober 2010 dah servey harga tiket dah..perancangan mesti nak awal..kalau lambat korang bayar la harga tiket yang berganda ganda tue..huhu


syarikat penerbangan dekat malaysia nie ada dua..Air Asia dengan Malaysia Airlines (MAS)..macam Firefly tue pun dikendalikan di bawah MAS..maka,,bila kita ada dua syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang sama,,akan wujud la persaingan kan..dalam kata mudah,,korang jual shawl,,kawan korang pun jual shawl...mesti korang lumba lumba nak letak harga murah supaya orang beli shawl dekat korang kan..sama jugak dengan dua syarikat nie..masing masing berlumba lumba nak bagi tambang murah untuk tarik pelanggan..itu memang hukum ekonomi..


tapi,,masalah nya sekarang...dua dua syarikat nie dah bertukar saham..maknanya ada perkongsian di situ..nak wujudkan kerjasama strategik untuk mendapat keuntungan dua dua pihak...kira macam 'win-win' situation la nie..menurut sumber yang aku baca,,perkongsian nie akan bawak pada situasi macam nie..:


  • MAS akan kendalikan penerbangan jarak jauh..
  • Air Asia akan kekalkan perjalanan domestik dengan tambang murah..

pertukaran sahanm nie jugak dikatakan untuk kepentingan rakyat..ok,,jom kita tengok dari perspektif pengguna..

sebelum nie ada dua syarikat yang menjalankan penerbangan domestik..maka wujud persaingan..jadi bila perkongsian saham dibuat dan dipersetujui seperti situasi di atas,,korang rasa Air Asia akan kekal kan tambang murah tak..?dengan tiada persaingan,,jadi rakan kongsi saham dengan MAS pulak..


bila wujud perkongsian,,dua dua syarikat nie akan saling menjaga kepentingan satu sama lain..takde dah persaingan harga tiket yang selalu korang rebut kan..'win-win' situation yang dorang cuba wujudkan cuma untuk dorang..rakyat..?'win' ke..?huhu

satu lagi,,kenapa macam terdesak sangat nak buat pertukaran saham nie..?ramai yang tau kan MAS mengalami kerugian besar lebih dua juta untuk suku pertama tahun nie..jadi adakah penggabungan nie akan mengurangkan beban MAS..?dan kita pun tau kerajaan mempunyai pelaburan dalam syarikat MAS,,maka syarikat nie ada kaitan dengan kerajaan di bawah Government-linked Companies (GLC)...aku yang cetek ilmu nie tertanya tanya,,ke mana duit keuntungan MAS pada 2010 sampaikan terpaksa tanggung hutang tahun nie..?



apa pun,,kita sebagai pengguna perlu tau..kalau ada yang aku silap tolong betulkan ek..lepas nie aku nak balik labuan naik kapal selam yang dibeli tue la..?kapal tue boleh menyelam ke..?hehe..pendapat korang boleh disuarakan..=)


sumber : berita semasa,,malaysiakini,,artikel,,google






p/s : ada cara untuk memohon maaf tak..?


No comments: