Sunday, July 17, 2011

Surat Pak Mertua untuk Awak..!!

Kepada Boyfren anak aku, 

Peraturan 1: Kalau kau sampai dekat pagar rumah aku pastu dok hon…hon, pastikan kau bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape ape atau sesapa.


Peraturan 2: Jangan kau pegang pegang anak aku depan atau belakang aku. Kau boleh pandang dia, selagi mata kau tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalau kau takleh jaga tangan kau dari dok pegang pegang anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan kau dekat rumah..

Peraturan 3: Aku tau sekarang ni fesyen budak budak pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh kau pakai seluar tu elok elok cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar kau takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku ni untuk lekatkan seluar kau dekat pinggang.


Peraturan 4: Aku rasa mesti kau tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari hari kat tv atau internet. Kalau tak pakai perlindungan cam kondom atau lain lain, kau mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh kau satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, 
kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan kau dan kemungkinan besar akan bunuh kau jugak. Paham?


Peraturan 5: Biasalah kalau kau nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua..kau nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain lain topik semasa. Aku tak maw dengar semua tue. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila kau nak antar anak aku balik ke rumah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa kau ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan awek awek lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan kau tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan kau. Tapi, sekali kau dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai pandai cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan kau atau dia break-off ngan kau. Kalau kau buat anak aku nangis, aku pulak akan wat kau nangis.


Peraturan 7: Sementara kau menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalau kau nak orang yang punctual, kau leh dating ngan mat askar. Kalau kau bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar rumah aku ni.

Peraturan 8: Tempat tempat berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa apa tempat yang boleh duduk atau baring baring. tempat tempat yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat tempat yang gelap. Tempat tempat yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat tempat yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai kau kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium cium tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.


Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan kau dari spy spy aku. Kalau aku tanya kau nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, kau ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalau aku tembak kepala kau kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main main dengan aku.


Peraturan 10: Kau patut takut ngan aku ni..kalau boleh biar sampai sangat sangat takut. Aku ni dok teringat teringat lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalau ada orang datang umah senyap senyap pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua dua tangan ko tinggi tinggi. Cakap dengan jelas “saya datang hantar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.


Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gelfren kau.


haha,,menarik wei...kalau la ade bapak mertua bagi surat dekat menantu macam nie..memang lari bakal menantu dia..hehe...

sumber : di sini




No comments: