19 OGOS 2009.
hari tue aku cuti pertengahan semesta selama seminggu, jadi disebabkan aku tak balik ke labuan, aku pun pegi la rumah mak sedara aku dekat perlis. hubby aku pun ade kat sane..hik hik..jadi dah 4 hari la aku dekat perlis nie. aku, nais dengan 2 orang kawan die yang kitaorang panggil pijue dan aini nak pegi ke gua kelam pastu terus ke padang besar. kami bertolak dari kangar pun dah dekat pukul 1. memang seronok la dapat jalan sama-sama kan. kami balik pun dah dekat pukul 7. sebelum balik tue, kami dah plan nak pegi alor star esok nya. so, janji nak jumpa pukul 10 esok.
20 OGOS 2009.
aku dengan tak de rasa apa-apa tido la malam tue, tak sabar nak tunggu pagi sebab nak ke alor star kan. huhu. tengah lena tido dapat satu call. pukul 5 kalau tak silap, call tue dari nais. aku pun angkat la tanpa ada rasa apa-apa. dengan suara yang bergetar die bagitau die accident tangah malam tadi. dari mata yang terpejam terus bulat biji mata aku. memang aku tak pecaya sebab aku rasa dia saja nak mainkan aku. aku tanya dia betul-betul dan memang die tak tipu die accident. menggigil satu badan aku time tue. terus aku tanya pasal pijue dan aini. dia cakap aini kritikal tapi pijue, maut di tempat kejadian. Tuhan je la yang taw betapa terkejutnya aku time tue. aku mintak kebenaran dari mak sedara aku nak pegi hospital, mula-mula dia tak tahu apa cerita, aku tak berani nak bagitau.
pukul 10 dia hantar aku ke hospital. aku terus ke wad ortopedik. sampai je katil nais, sekali lagi aku terkejut tengok tangan die tergantung. dia bagitau aku pergelangan tangan dia patah. macam nak pengsan je time tue tapi aku kuatkan semangat. aku mintak dia cerita semua yang terjadi malam tue. dia cakap kawan-kawan dia yang lain nak keluar makan, dia join kawan-kawan dia sebab nak beli panadol. dalam perjalanan nak balik ke hostel kawan dia yang drive nie bawak kereta sangat laju. 110km/h kalau tak silap. nais yang duduk sebelah driver dah bagitau jangan laju sebab dekat depan ada roundabout. tapi kawan dia yang drive nie tak ikut cakap dia. bila dah dekat dengan roundabout tue, dia dapat rasa yang something akan berlaku sebab kawan dia tetap bawak laju. so, dia cuba menggeraskan badan di seat sebelah driver.
bila sampai je dekat roundabout tue, kereta tak dapat nak dikawal dan terus langgar roundabout tue. pijue yang duduk di tengah-tengah seat belakang terus terpelanting keluar dari kereta. 3 orang yang duduk di seat belakang suma tido time accident tue berlaku.
lepas je kereta berpusing, nais terus keluar dari kereta. tak lama lepas tue, ada sorang pakcik yang kebetulan lalu tolong telefon ambulan. ambulan sampai tak lama lepas tue. pijue meninggal di tempat kejadian, sorang kawan yang duduk di seat belakang nais pun meninggal di ICU. aini yang duduk di seat belakang selamat walaupun cedera parah. driver pulak meninggal pada malam nya di hospital...
20 OGOS 2010.
hari ini, genap setahun kejadian berlaku dan banyak benda yang dapat dipelajari dari tragedi tersebut. sedih bila mengenang kan kami kehilangan 3 orang kawan dalam sekelip mata. sejak dari hari itu, kami tak berani lagi nak berjalan jauh. aku harap nais dapat ambik iktibar dari apa yang terjadi, jangan kerap keluar malam, jangan bawak kereta terlampau laju. aku tak dapat bayangkan apa jadi pada diri aku hari nie kalau dia salah seorang yang terkorban. syukur ALLAH selamatkan dia dan beri peluang untuk mencari keredhaan di dunia ini. semenjak hari tue, perasaan aku tak penah tenang bila aku tau dia keluar malam dengan kawan-kawan. harap kawan-kawan yang telah pergi tenang di sana.
AL-FATIHAH kepada pijue atau nama sebenar Muhammad Shafiq Izzudin. semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang beriman...
No comments:
Post a Comment