Tuesday, September 7, 2010

kuih raya..=)

ok...hari nie raya macam nak ajar korang buat kuih raya laaa..hehehe..

kita buat kuih simple je ek. nama kuih nya kuih dam sebab bentuk nye lebih kurang bentuk dam. alaaa, tak kan bentuk dam pun korang tak tau, yang petak-petak tue la. aish.!

bahan-bahan nya:

  1. buttercup 
  2. gula 
  3. kuning telur
  4. serbuk penaik
  5. tepung gandum
  6. serbuk coklat
sori la, sukatan bahan-bahan ne aku i tak ingat la. nak tahu lebih lanjut telefon no ni...014-tekan-tekan tak dapat.=p

ok next, putar semua bahan-bahan tadi sampai kembang, lepas tue uli la sikit bagi tepung nya rata. tepung yang dah rata tue korang bahagi kepada dua, yang satu tambah serbuk coklat dan ratakan. sori la tak sempat nak ambik gambar, busy sangat..huhu...

lepas tue, korang terap dekat acuan yang bentuk empat segi, cari la ape-ape yang empat segi..susun selang-seli dengan yang coklat. haaaa, ini ade gambar. hehe..

nampak tak? empat lapis taw, nanti senang nak potong. ok, next, bahagi kan benda ne kepada 6 bahagian memanjang. daripada 6 bahagian tue, 3 disusun semula...macam ne..


korang nampak kan belang tue.? ok, after susun cantik-cantik kita potong lagi kepada 14 bahagian. aku tau korang tak paham, nah gambar.

sila abaikan jari yang memotong itu, itu jari mak saya...ngee~ dah lepas potong tue, susun la dalam dulang untuk dibakar..bakar pada suhu bilik..eh2, silap, 180 degree celcius dalam masa lebih kurang 15 minit, korang tengok-tengok la jugak, kalau dah kuning tue angkat laa..

yang ne gambar sebelum masak. jangan susun rapat sangat sebab dia akan kembang lagi..

ini lah hasil nya..masuk kan dalam bekas kedap bunyi udara..simpan pada suhu bilik..huhuhu..pakar-pakar..=)

ada jugak biskut-biskut lain yang aku buat. tak tahu la sedap atau tak, aku main hentam je..huhu..

koko krunch..=)

corn flakes chocolate..=)

almond london..=)

banyak lagi gambar-gambar yang belum sempat di snap..korang tengok dekat fesbuk je la ek..sebelum terlupa, jemput datang ke rumah pada hari raya pertama. alamat di taman ruby labuan..datang raya 2nd pintu dah tutup..hehe...SELAMAT HARI RAYA..=)

1 comment:

Tengku Alfie said...

waaaa....sedap nya sya....x sbr nk bertandang umah u nie....hihi.....sodappp....:)